Info Dan Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Di TV3

Drama Kerana Cinta Itu Ada Di TV3

Saksikan drama Kerana Cinta Itu Ada yang akan menemui penonton mulai 28 Disember 2022, bersiaran setiap Isnin hingga Ahad pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh strim secara online di www.hotstar.com/my dan aplikasi Disney+ Hotstar.

Drama siri 28 episod diadaptasi daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea bakal menggantikan Terima Kasih Cinta ini merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azri Izhar dengan nukilan skrip daripada Sophilea dan Zarihah Hassan.

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Drama Kerana Cinta Itu Ada menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Anas Ridzuan, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen
  • Nabila Razali sebagai Bella
  • Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
  • Emelda Rosemila sebagai Tengku Lydia
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia
  • Alvin Chong sebagai Rayyan

Tonton drama Kerana Cinta Itu Ada - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Bella dan Tengku Aisy Mateen yang sering bertembung dan bergaduh yang mana ianya bermula apabila mereka berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran dan ibu tirinya, Tengku Lydia yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan. Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

Drama Kerana Cinta Itu Ada Di TV3

Drama Kerana Cinta Itu Ada Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post