Drama Kudeta Di Astro Ria (Astro Originals)

Drama Kudeta Di Astro Ria (Astro Originals)

Saksikan Astro Originals drama Kudeta yang akan menemui penonton mulai 20 November 2022. Drama ini akan bersiaran setiap hari Ahad di Astro Go dan On Demand, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan setiap hari Jumaat pada jam 10.00 malam di PRIMETime 704.

Drama 8 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Lacuba Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Imran Sheik dan Kroll Azry dengan penulisan skrip bersama June Tan, Zuli Ismail, Hadi M. Nor dan Imran Sheik.

Sinopsis Drama Kudeta

Drama Kudeta menampilkan barisan pelakon seperti Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aqasha, Aedy Ashraf, Sangeeta Krishnasamy, Namron, Koe Yeet, Fazlina Ahmad Daud, Chelsia Ng dan ramai lagi.

  • Vanidah Imran sebagai Mariam Imran
  • Aedy Ashraf sebagai Putra
  • Adlin Aman Ramli sebagai Rahman
  • Koe Yeet sebagai Flora
  • Aqasha sebagai Yusuf
  • Namron sebagai Hamid
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Sunita

Tonton drama Kudeta online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mariam Imran yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama di Masraya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri ketika itu, Jamal yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah yang dilakukan.

Berikutan peristiwa tersebut, Mariam terpaksa bergabung dengan parti yang goya bagi mengelakkan rampasan kuasa (kudeta) dan terus mengekalkan kuasanya.

Dalam tempoh seminggu pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai isu terjadi seolah-olah rakyat dan pemimpin yang menentangnya mempersoal dan meragui kerajaan baru dibawah naungannya.

Tekanan berterusan diterima apabila berlaku penambahan ahli baru serta berlaku konflik kehidupan peribadi bersama suaminya, Yusuf. Sedikit sebanyak menjejaskan emosinya yang mana sekiranya tidak dibendung pastinya mampu mempengaruhi setiap keputusannya sebagai Perdana Menteri.

Adakah pada akhirnya kerajaan yang baru dinaikkan ini akan tumbang dan berlaku penggulingan serta rampasan kuasa daripada musuh politik beliau?

Drama Kudeta di Astro Ria

Drama Kudeta di Astro Ria

Drama Kudeta di Astro Ria

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post