Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Saksikan drama Luka Di Hati Diya yang akan menemui penonton mulai 28 November 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga strim secara online rtmklik.rtm.gov.my

Drama 26 episod yang diinspirasikan daripada novel "Luka Di Hati Diya" karya Hasliza Ismail ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dengan nukilan skrip daripada Farah Alya.

Sinopsis Drama Luka Di Hati Diya

Drama Luka Di Hati Diya menampilkan barisan pelakon seperti Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri dan ramai lagi.

  • Isyariana sebagai Diya
  • Niezam Zaidi sebagai Remy
  • Sherry Ibrahim sebagai Sahara
  • Fauzi Nawawi sebagai Datuk Mikhail
  • Fikhree Bakar sebagai Syukri
  • Lisdawati sebagai Datin Dian
  • Kodi Rasheed sebagai Megat
  • Nonny Nadirah sebagai Natrah

Tonton episod Luka Di Hati Diya online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Diya Mirza, gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remy, staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

Drama Luka Di Hati Diya Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post