Jadual Perlawanan Final Piala Dunia Qatar 2022

Jadual Perlawanan Final Piala Dunia Qatar 2022

Akhirnya perjalan sudah tiba sampai ke penghujung apabila Argentina bertemu France di Final bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan berlangsung pada 18 Disember 2022 selepas berakhirnya pusingan Separuh Akhir sebelum ini.

Sebelum perlawanan ini berlangsung, pada 17 Disember 2022, kita bakal melihat satu perlawanan bagi penentuan tempat ketiga dan keempat yang mana mereka merupakan pasukan yang tewas pada pusingan sebelum ini iaitu antara Morocco dan Croatia.

Morroco dan Croatia bakal meneruskan perhitungan bagi merebut tempat ketiga selepas masing-masing tewas kepada France dan Argentina dalam 90-minit perlawanan. Croatia terpaksa akur dengan kehebatan pemain yang diketuai oleh GOAT sebenar, Lionel Messi dengan 3 gol tanpa balas.

Manakala Morocco akhir terpaksa akur dengan kekalahan kepada penyadang juara, France dengan jaringan 2-0. Ramai yang mengharapkan Morocco berjaya mara sekali gus berpeluang merangkup trofi Piala Dunia.

Tetapi apakan daya, France sepertinya tidak mahu lepas trofi yang dimenanginya pada edisi 2018 kepada pasukan lain nampaknya. Adakah France akan menjadi pasukan pertama yang mampu mengekalkan trofi tersebut secara berturut-turut sejak 60 tahun.

Jadual Dan Keputusan Penentuan Tempat Ketiga Dan Final Piala Dunia Qatar 2022

Ingat hujung minggu ini, kita ada 2 perlawanan penting iaitu pusingan akhir dan juga pusingan bagi play-off tempat ketiga. Sepak mula bagi kedua-dua perlawanan ini akan bermula pada jam 11.00 malam waktu Malaysia. Jadi tak perlu la stay up lama-lama sampai pagi.

Tapi sebelum mula perlawanan final, akan berlangsung acara penutupan yang berlangsung sekitar satu jam lebih awal iaitu pada pukul 10.00 malam. Jadi jangan terlepas untuk saksikan secara langsung menerusi Astro FWC 825 dan saluran RTM di TV2 dan TV Okey.

Selain itu, anda juga boleh strim atau tonton secara online menerusi astrogo.astro.com.my atau aplikasi Astro Go khusus untuk pelanggan Astro atau laman RTM Klik di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma

Penentuan Tempat Ketiga

FT : Morroco (2) - (1) Croatia

  • Josko Gvardiol 7'
  • Achraf Dari 9'
  • Mislav Orsic 42'

Tarikh : Sabtu, 17 Disember 2022
Masa : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Khalifa International
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

Final

AET : Argentina (3) - (3) France [Pen: 4-2]

  • Lionel Messi 23' (P)
  • Angel Di Maria 36'
  • Kylian Mbappe 80' (P)
  • Kylian Mbappe 81'
  • Lionel Messi 109'
  • Kylian Mbappe 118' (P)

Tarikh : Ahad, 18 Disember 2022
Masa : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : TV2, TV Okey, Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

Juara - Argentina
Naib Juara - France
Tempat Ketiga - Croatia
Tempat Keempat - Morocco

Jadual Perlawanan Final Piala Dunia Qatar 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post