Info Dan Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa Di TV3

Drama Hati Tanpa Rasa Di TV3

Saksikan drama terbaru Hati Tanpa Rasa yang akan menemui penonton mulai 13 Disember 2022, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di aplikasi iQIYI dan www.iq.com

Drama bersiri 26 episod yang bakal menggantikan Rindu Kasih yang merupakan adaptasi novel "Heartless - Hati Tanpa Rasa" karya Ateen Khalid ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dan Ayie Mustafa dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa

Drama Hati Tanpa Rasa menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Scha Elinnea, Khalida Balqis, Yasmin Khalid, Azim Yusof, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Jasmin Hamid, Ayra Messi, Syarafi Sudarmaji, Farid Amirul, Wan Raja dan ramai lagi.

  • Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
  • Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
  • Khalida Balqis sebagai Julia
  • Yasmin Khalid sebagai Dr. Irina
  • Azim Yusof sebagai Mika
  • Lisdawati sebagai Datin Faezah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato' Nazrin
  • Ayra Messi sebagai Naina
  • Wan Raja sebagai Encik Barry

Tonton Drama Hati Tanpa Rasa Episod Seterusnya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentan Nur Kaisara yang terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya.

Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara.

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid iaitu seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia 'bersetuju' untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk 'Mr Banyak Syarat' dan 'Mr Potong Gaji'.

Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya. Apakah niat sebenar Nid?

Drama Hati Tanpa Rasa Di TV3

Drama Hati Tanpa Rasa Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post