Senarai Pemain Baru Sri Pahang Bagi Untuk Musim 2023-2024

Pemain Baru Sri Pahang Bagi Untuk Musim 2023-2024

Musim 2023 pastinya mendapat tumpuan bagi liga bola sepak tempatan apabila hanya Liga Super akan dimainkan dan pasukan menjadi lebih banyak iaitu sehingga 14 pasukan termasuk Sri Pahang FC.

Jadi pastinya akan lebih banyak perlawanan yang perlu diharungi oleh setiap pemain. Selain dalam liga, dalam Piala FA dan Piala Malaysia. Ini pastinya cabaran besar untuk pemain sendiri untuk beraksi lebih baik tanpa kepenatan melampau.

Untuk kelab pula, memilih pemain adalah perkara penting. Takkan nak biarkan JDT untuk terus mendominasi Liga Super tahun 2023 kelak untuk kali kesepuluh. Lebih banyak kelab, lebih tinggi cabaran perlu ditempuhi.

Sri Pahang FC sepertinya tidak duduk diam apabila sudah mula mendapatkan pemain-pemain terbaik bagi melengkapkan pasukan. Jika sebelum ini, pengurusan telah mengumumkan melepaskan Mali, Mamadou Samassa, Steven Rodriguez, Sean Giannelli, Daniel Wafiuddin Sa'dun, Fandi Othman, Hasnul Zaim Zafri, Nur Izzat Che Awang, Shahrul Aizad Zulkifli dan Mior Dani Armin Mior Ariffen.

Senarai Pemain Baru Sri Pahang 2023

Berikut merupakan senarai pemain baru yang dibeli oleh Sri Pahang FC bagi mengharungi Liga Malaysia untuk musim 2023.

Senarai Pemain Sedia Ada Sri Pahang FC

Import - Kevin Ingreso (Filipina), Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Manuel Hidalgo (Argentina)

Tempatan - Nor Azam Azih. Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah, Muslim Ahmad, Sergio Aguero, David Rowley.

Senarai Pemain Baru Sri Pahang FC

  1. Fadhli Shas
  2. Syazwan Andik
  3. Azril Nasrulhaq
  4. Izham Tarmizi
  5. Aqil Arazi
  6. Lokman Bah Din
  7. Michael Glassock (Import)
  8. Lucas Silva (Import)
  9. Adam Malique
  10. Stefano Brundo (Import)
  11. Kpah Sherman (Import)
  12. Shamie Iszuan

1)  Fadhli Shas (Pertahanan)

Fadhli Shas Pemain Sri Pahang FC 2023

Pemain berusia 31 tahun ini menyertai pasukan dengan kontrak dua tahun. Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan. Sebelum ini pernah bersama JDT selama lapan musim sebeleum dipinjamkan ke Melaka United.

2)  Syazwan Andik (Pertahanan Kiri)

Fadhli Shas Pemain Sri Pahang FC 2023

Pemain 26 tahun ini menyertai Sri Pahang secara pinjaman (loan) dari JDT untuk musim 2023. Bersama JDT II sejak 2019 dan beraksi secara pinjaman bersama Melaka United pada musim 2022.

3)  Azrif Nasrulhaq

Azrif Nasrulhaq Sri Pahang FC 2023

Azrif Nasrulhaq menyertai Sri Pahang secara pinjaman selama semusim dari JDT bagi posisi bek kanan. Beliau sebelum ini pernah bersama PKNS FC dan JDT selama tujuh musim. Selain antara tonggak utama skuad juara Piala Malaysia Selangor 2015, mempunyai kap bersama skuad B-23 dan senior kebangsaan.

4)  Izham Tarmizi

Izham Tarmizi Sri Pahang FC 2023

Izham Tarmizi datang ke Sri Pahang FC secara pinjaman dari JDT bagi memperkuat benteng terakhir bagi posisi penjaga gol dan pastinya akan bersaing bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mamadou Samassa. Beliau pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

5)  Aqil Arazi

Aqil Arazi Sri Pahang FC 2023

Pemain muda berusia 20 tahun ini, Aqil Arazi pernah bermain bersama AS Cannes di Perancis sebelum berkelana dan menimba pengalaman bersama skuad B-19 kelab Liga Turki iaitu Karagumruk SK. Kini beliau bersama Sri Pahang FC untuk musim 2023. 

6)  Lokman Bah Din

Lokman Bah Din Sri Pahang FC 2023

Sri Pahang FC mengikat kontrak bersama penyerang muda berusia 20 tahun iaitu Lokman Bah Din yang berasal dari Kampung Simoi Baru, Pos Betau. Beliau merupaakn pemain Orang Asal berbakat besar dimana pernah bersama skuad Piala Belia Pahang dan juga disenaraikan bersama skuad projek FAM-MSN pada musim 2022.

Ada iras-iras Luqman Hakim kan? Moga menjadi power seperti beliau!

7)  Michael Glassock

Michael Glassock Sri Pahang FC 2023

Pemain berusia 23 tahun dengan ketinggian 1.91m sebelum ini bermain bersama Sydney Olimpic dalam saingan National Premier League di bahagian pertahanan. Nampaknya kita masih mengekalkan defender dengan fizikal tinggi.

8)  Lucas Espindola da Silva

Lucas Silva Sri Pahang FC 2023

Pemain bertubuh sasa berusia 32 tahun dari Brazil ini bermain baik bersama Penang pada musim lalu. Untuk rekod juga, beliau pernah bermain bersama kelab Hong Kong di merasai pengalaman beraksi di pentas tertinggi Asia. 

9)  Adam Malique

Adam Malique Sri Pahang FC 2023

Adam Malique Daniel Ady berusia 21 tahun yang merupakan pemain sayap telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama Sri Pahang FC selepas menyarung jersi kelantan United dan Kelantan sebelum ini.

10)  Stefano Brundo

Stefano Brundo Sri Pahang FC 2023

Rekrut terbaru dari Argentina berusia 29 tahun ini merupaakn pemain pertahanan yang telah menandatangani bersama Sri Pahang FC untuk semusim. Sebelum ini beliau bermain di kelab Primera B Nacional, Estudiantes BA di Amerika Latin. Tinggi 1.91m beb.

11)  Kpah Sherman

Kpah Sherman Sri Pahang FC 2023

Jentera serangan dikuat lagi dengan peledak sensasi Terengganu pada musim lalu iaitu Kpah Serman. Sejak bermula di Liga Malaysia pada tahun 2017, beliau sudah meledak sebanyak 72 gol. Ermm kalau tak angkat piala Pahang ni tak tahu la.

12)  Nur Shamie Iszuan

Shamie Iszuan Sri Pahang FC 2023

Shamie merupakan salah seorang pemain yang dipanggil bagi memperkuatkan pasukan Harimau Malaya di Piala AFF 2022. Beliau merupakan pemain sayap kanan di Sarawak United sebelum ini dan kini bersama skuad Tok Gajah untuk musim 2023.

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa

1/Post a Comment/Comments

  1. sri pahang? why must SRI? nak seri dalam tiap perlawanan ke? hahaha... tapi saya tetap sayangkan pahang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post