Review Drama Kampung People 3 Yang Kini Kembali Ke Bandar

Review Drama Kampung People 3

Drama Kampung People 3 telah pun bersiaran sebanyak 13 episod mulai 18 November 2022 yang lalu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan juga boleh strim secara online di www.hotstar.com/my dan aplikasi Disney+ Hotstar.

⏩ Tonton Drama Kampung People 3 - Link 1 | Link 2 | Link 3

Pengarah bersama Wan Hasliza dan Wan Alauddin kembali mengarahkan untuk musim ketiga selepas musim sebelum-sebelumnya mendapat sambutan yang baik daripada peminat drama khususnya naskah Kampung People.

Pelakon untuk watak utama juga masih dikekalkan seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Tetapi Hun Haqeem yang memegang watak Jekfar tiada dalam cerita kali ini.

Sinopsis Drama Kampung People 3

Kisah kali ini bermula dengan keluarga Rafiz bersama orang kampung yang telah ditidurkan selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu melarikan diri daripada gengn Cengkih Manis.

BACA : Pelakon & Sinopsis Drama Kampung People 3

Disebabkan itu, mereka sekali lagi diberikan nama samaran dan bersembunyi di tempat yang tidak diketahui oleh gangster-gangster tersebut. Kali ini mereka bukan lagi di kampung, sebaliknya bersembunyi di bandar dan tinggal di flat Suriram.

Sepanjang tempoh persembunyian tersebut, Rafiz, Mona, Laila dan Imran perlu menyamar dan beraktiviti bersama jiran-jiran di flat tersebut. Jadi sepanjang penceritaan, banyaklah adegan-adegan lucu yang berlaku antara kampung people dan jiran-jirang baru mereka.

Review Drama Kampung People 3

Review Drama Kampung People 3

Kesinambungan untuk musim ketiga ni sebenarnya aku tunggu-tunggu juga sebab aku antara yang mengikuti jalan cerita dari musim pertama dan musim kedua lagi. Aku juga antara penonton yang boleh terima jalan cerita mengarut disamping watak masuk air masing-masing. Mungkin ada yang sebaliknya la.

Secara keseluruhan jalan ceritanya adalah masih sama seperti musim-musim sebelumnya. Mereka perlu menyamar menggunakan naam samaran yang baru dan kemudian perlu berlakon dengan orang dan jiran-jiran sekeliling yang mana akhirnya geng cengkih manis akan cuba menangkap mereka.

Review Drama Kampung People 3

Tapi kali ini lain sikit apabila banyak babak geng Pacerat yang kita boleh tengok dan bukan sekadar gelagat family Rafiz sahaja. Selain itu juga, Laila pula dah join jadi ejen Pacerat. Jadi screen time untuk geng penangkap perasuah ni banyak la sepanjang 13 episod ni. Disebabkan banyak adegan ini, adega bersama kampung people pula dah kurang. Kerja car wash rasanya ada untuk 2 episod je rasanya. Lain takda dah.

Babak keluarga Rafiz juga kali ini lebih banyak iaitu berada di dalam rumah flat itu sahaja. Macam-macam perkara berlaku dalam rumah kecil tersebut. Darwish mati, makanan dicuri, rumah kotor sampai ada lipas, berebut bilik dan trademark penting adalah novel kena ada. Tapi kali ini dibawa ke tv dalam bentuk drama iaitu 'Hutan, She Misses You'. Mona la penonton setia drama yang takda hala tuju tu.

Untuk jenaka seperti masih sama seperti musim 1 dan musim 2. Kali ini memang Mona dan Laila la tapau habis jenaka dieorang sepanjang musim sebab kampung people tak selalu keluar pun. Betulah, kali ini lebih kecoh! Tapi ada juga tambahan daripada watak Ejen 1 (Lizart Rashid). Kira tiga orang ni la yang biasanya yang lontarkan dialog lucu dan merepek. Masih mengekalkan dengan pelat inggeris. Menyalahkan english orang lain, walaupun sebenarnya dia yang salah.

Review Drama Kampung People 3

Review Drama Kampung People 3

Tapi rasanya bagi aku musim real kampung people sebelum-sebelum ini lagi best. Mungkin sebab vibe kampung tu takda kan. Tapi secara keseluruhan masih best untuk ditonton secara santai dan tak perlu ambil serius pun.

Jika lihat daripada akhir penceritaan iaitu happy ending. Tak pasti adakah akan ada sambungan Kampung People 4 selepas ini. Sebab Mona dah nak dapat baby. Selain itu juga Tuan Suhaimy dan Madame Mah sudah dipenjarakan tapi masih belum dibicarakan pun.

Rasanya macam akan ada Kampung People 4 ni. kan kan kan


Rating Kampung People 3 : 7.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post