Review Filem Farha Di Netflix

Review Filem Farha Di Netflix

Jangan lupa saksikan filem Farha yang kini sudah mula ditayangkan di platform penstriman Netflix Malaysia menerusi www.netflix.com atau aplikasi Netflix di mobil.

Rating : 16+
Genre : Drama Isu Sosial
Tayangan : Netflix
Tayangan Asal : September 2021
Penulis : Darin J. Sallam
Pengarah : Darin J. Sallam
Produksi : Picture Tree International

🎥 Dapatkan Netflix Murah Disini

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Karam Taher, Ashraf Barhom, Ali Suliman, Tala Gammoh, Sameera Asir, Majd Eid, Firas Taybeh, Sultan Alkhail dan ramai lagi

Sinopsis Filem Farha

Filem Farha mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Farha yang tinggal di sebuah kampung kecil di Palestine yang mempunyai cita-cita untuk bersekolah di bandar. Kebiasaanya remaja 14 tahun di kampung tersebut akan berkahwin dan tinggal bersama suami, tetapi tidak pada Farha yang ingin keluar mencari ilmu.

Jadi dia bersungguh-sungguh mohon kepada ayahnya, Abu Farha untuk membenarkan dia bersekolah tetapi ayahnya tidak bersetuju pada awalnya. Tetapi kemudian ayahnya bersetuju dan membenarkan anak perempuannya, Farha untuk mendaftar di sekolah di bandar.

Walaubagaimanapun, sebelum sempat dia bersekolah terjadi sebuah serangan di kampungnya, Terjadi kejadian tembak-menembang dan letupan bom yang memaksa Abu Farha mengurung anaknya di dalam setor makanan di rumah demi keselamatan.

Sepanjang berada dalam setor tersebutlah, Farha telah melihat satu kejadian tragis yang menimpa sebuah keluarga. Nak tahu apa, kena tengok sendiri kesudahannya.

Review Filem Farha Di Netflix

Review Filem Farha

File Farha ni dikatakan mendapat tentangan hebat daripada Israel sendiri yang mana ianya mengisahkan tentang peristiwa Nakbah dimana permulaan 'malapetaka' yang menimpa negara Palestine yang kini diambil dirampas oleh mereka.

Plot atau jalan cerita filem ini simple sahaj dan tiada plot twist. Jadi anda boleh faham daripada permulaan cerita sehingga habis. Tidak perlu berfikir kecuali mengingati dan ketahui suatu peristiwa yang berlaku di Palestine pada tahun 1948.

Permulaan cerita menunjukkan betapa gembiranya kehidupan penduduk di sebuah kampung. Kanak-kanak bebas bermain di luar. Dalam cerita ini, Farha dan rakan-rakan pergi ke kelas fardhu ain menghafal al-quran dan macam-macam lagi.

Review Filem Farha Di Netflix

Tibalah sampai ke pertengahan dan ianya mula tegang apabila tentera Israel mula memasuki kampung mereka. Disini bermulalah cerita yang buruk berlaku kepada watak utama walaupun dia sebenarnya sudah pun menerima berita gembira apabila dibenarkan untuk bersekolah di bandar.

Dalam masa plot tegang itu, penceritaan menjadi sedikit slow apabila babak hanya fokus dalam setor makanan dimana Farha dikurung oleh ayahnya. Rasanya pada babak tersebut tak banyak pun perkara penting berlaku dan sepertinya tidak terlalu penting pun kalau tengok. Kalau terlepas pun takpa.

Tapi sehinggalah babak sebuah keluarga yang dalam pelarian menyelamatkan diri datang ke rumahnya untuk bersembunyi. Disinilah bermulalah babak meruntun jiwa dan boleh katakana menjadi turning point kepada cerita ini. Bermula dengan kegembiraan, kemudian sedikit suram sehinggalah perkara sangat pedih berlaku yang disaksikan sendiri oleh Farha. Yes, tentera Israel bunuh keluarga tersebut bersama anak-anaknya sekali. Gilo!

Tapi jangan risau, babak tersebut tidak ditunjukkan. Ianya sekalis sahaja. Tiada adegan membunuh melampau pun. Tunjuk pula disebalik lubang di pintu sahaja. Tetapi kesannya mendalam terutamanya kepada penonton yang menunjukkan puak depa ni memang kejam sehingga sekarang hatta kepada kanak-kanak sekali pun. Tapi babak kekejaman tu sebenarnya ada satu sahaja tetapi memberi kesan yang mendalam.

Akhir sekali, Farha berjaya keluar dan bermulalah kehidupan sebagai pelarian di negara sendiri. Akhir babak juga ada menceritakan tentang kisah sebenar yang terjadi kepada watak utama yang sebenarnya bernama Radiyyeh menjadi pelarian di Syria.

Review Filem Farha Di Netflix

Watak Farha lakonan Karam Taher cukup baik dengan mempersembahkan ekspresi mengikut situasi sama ada gembira atau sedih. Mungkin kita tidak mengenali pelakon-pelakon ini kerana mereka kebanyakkannya adalah pelakon dari Jordan. Tapi rata-rata berlakon dengan baik.

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Farha di Netflix sebelum ianya diturunkan oleh puak-puak yang tidak puas hati tu. Boleh tengok sendiri macam mana dieorang pelakukan kekejaman kepada rakyat Palestine.


Rating : 8/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Filem Farha Di Netflix"