Senarai Peserta Family Duo 2022-2023

Info dan peserta family duo 2022

TV3 mengumumkan program realiti nyanyian tv Famili Duo kini kembali untuk musim baru dan katanya kali ini ada sedikit perbezaan dari segi format pertandingan dimana akan mula ditayangkan pada 18 Disember 2022.

Famili Duo merupakan program nyanyian yang unik berbanding dengan yang lain dimana ianya menampilkan peserta yang terdiri daripada pasangan selebriti popular bersama dengan ahli keluarga mereka sendiri.

Format Pertandingan

Setiap minggu, setiap pasangan akan bersaing (battle) dengan yang lain dalam persembahan nyanyian mengikut tema berbeza yang ditetapkan. Berbeza untuk musim kedua ini apabila mereka bukan sahaja akan diadili dari segi nyanyian tetapi persembahan pentas yang disajikan.

Persembahan mereka akan dinilai dan diberi markah oleh panel juri sebanyak 80 peratus dan undian secara online daripada penonton untuk 20 peratus lagi.

Barisan Panel Juri

Terdapat 2 juri tetap yang akan memberi markah kepada para peserta setiap minggu iaitu komposer terkenal Ajai dan juga Mas Idayu

Hadiah Wang Tunai

Setiap minggu, setiap pasangan berpeluang untuk meraih RM10,000 apabila meraih gelaran juara mingguan dan paling menarik para finalis Famili Duo bakal merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 di pentas akhir

Senarai Peserta Famili Duo 2022

Untuk musim terbaru Famili Duo kali ini, terdapat 7 pasangan selebriti popular bersama ahli keluarganya. Mereka adalah :

  1. Ara Johari & Shaffiq Erwin (Sepupu)
  2. Ayda Jebat & Fyna Jebat (Adik-beradik)
  3. Bella Astillah & Wani Kayrie (Sepupu)
  4. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik)
  5. Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu)
  6. Siti Sairah & Siti Saida (Adik-beradik)
  7. Yamani Abdillah & Zaki Yamani (Adik-beradik)

Info dan peserta family duo 2022

Hos Rancangan

Program ini bakal menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program selama pertandingan berlangsung.

Tayangan Program Family Duo 2022

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Family Duo 2022 selama 8 minggu yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam di TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my mulai 18 Disember ini.

Saksikan keputusan yang akan diumumkan setiap minggu hanya di TV3.

Juara Mingguan Duo Of The Week

  1. Minggu 1 : Bella Astilah & Wani Kayrie
  2. Minggu 2 : Ara Johari & Shaffiq Erwin
  3. Minggu 3 : Zaki Yamani & Yamani Abdillah
  4. Minggu 4 : Ayda Jebat & Fyna Jebat
  5. Minggu 5 : Siti Saida & Siti Saerah
  6. Minggu 6 : Siti Saida & Siti Saerah
  7. Minggu 7 : Ayda Jebat & Fyna Jebat
  8. Minggu 8 : Final

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post