Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Kini sudah hampir sampai ke penghujung apabila pusingan Separuh Akhir bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan berlangsung pada 14 dan 15 Disember 2022 selepas berakhirnya pusingan Suku Akhir sebelum ini.

Pusingan ini bakal mempertemukan 4 pasukan terkuat yang telah berjaya mengalahkan pasukan masing-masing. Croatia berjaya menumbangkan juara 5 kali Brazil dalam aksi penentuan sepakah penalti sama seperti Argentina mengalahkan Netherlands juga dalam penentuan sepakan penalti.

Kejutan terbesar apabila Morocco menjadi pasukan dari negara Afrika yang berjaya ke Separuh Akhir piala dunia selepas menundukkan Portugal dengan jaringan 1-0. England terpaksa pulang ke rumah selepas tewas kepada penyandang juara Piala Dunia 2018, France dengan jaringan 1-0.

Adakah pusingan Separuh Akhir ini kita bakal dapat saksikan lagi kejutan-kejutan sedemikian. Adakah Morocco akan meneruskan rentak kemenangan atau adakah Croatia berjaya menumbangkan pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain terbaik seperti Lionel Messi?

Selain itu, FIFA juga mengumumkan bola sepak rasmi terbaru yang akan digunakan bagi pusingan Separuh Akhir dan Final iaitu 'Al Hilm' bagi menggantikan bola sepak yang sebelum ini digunakan iaitu 'Al Rihla'.

Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Di peringkat kalah mati ini, pemenang akan mara ke pusingan akhir (final) yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember 2022. Manakala pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga kejohanan yang juga berlangsung pada 17 Disember 2022.

Untuk pusingan Separuh Akhir, kedua-dua perlawanan akan ditayangkan secara langsung (live) di saluran RTM iaitu di TV2 dan TV Okey serta rtmklik.rtm.gov.my. Juga akan bersiaran di Astro FWC 825 dan Astro Go.

14 Disember 2022 (Khamis)

FT : *Argentina (3) - (0) Croatia

  • Lionel Messi 34' (P)
  • Julian Alvarez 39', 69'

Masa : 3.00 AM
Venue : Stadium Lusail Iconic
Tayangan : TV2, TV Okey & Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

15 Disember 2022 (Jumaat)

FT : *France (2) - (0) Morocco

  • Theo Hernandez 5'
  • Randal Kolo Muani 79'

Masa : 3.00 AM
Venue : Stadium Al Bayt
Tayangan : TV2, TV Okey & Astro FWC 825
Live Streaming : Live 1 | Live 2

*Argentina dan France berjaya mara ke final. Sementara itu, Croatia dan Morocco akan berentap dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post