Kalendar & Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Kalendar & Takwim Sekolah 2023-2024 Serta Senarai Cuti

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah kongsikan Kalendar atau Takwim Sekolah untuk Sesi 2023/024 berserta cuti penggal persekolah bagi seluruh negara iaitu untuk kumpulan A dan kumpulan B.

Seperti sebelumnya juga dimana sesi persekolahan hanya bermula pada Mac dimana ianya bertujuan bagi mencukupkan 190 hari wajib sekolah serta mengikut situasi semasa termasuk bagi pelajar SPM yang perlu hadapi peperiksaan musim banjir.

Berikut kami kongsikan kalendar akademik dan takwim persekolah bagi sesi 2023/2024

Takwim Sekolah Sesi 2023-2024

Dalam kemaskini terbaru, KPM telah membuat ketetapan untuk menagguhkan pembukaan sekolah untuk sesi baru. Jadi berikut merupakan tarikh bagi sesi persekolahan 2023/2024 bagi di seluruh negara:

  • Kumpulan A  - 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024
  • Kumpulan B - 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 (Kumpulan A)

jadual takwim kalendar persekolahan sesi 2023-2024

Penggal 1 : 19 Mac hingga 25 Mei 2023 (42 hari)

  • Cuti Pertengahan : 21 April - 29 April 2023
  • Cuti Penggal 1 : 26 Mei - 3 Jun 2023

Penggal 2 : 4 Jun hingga 24 Ogos 2023 (56 hari)

  • Cuti Penggal 2 : 25 Ogos - 2 September 2023

Penggal 3 : 3 September 2023 hingga 8 Februari 2024 (100 hari)

  • Cuti Penggal 3 : 15 Disember 2023 - 1 Januari 2024

Cuti Akhir Persekolahan : 9 Februari hingga 9 Mac 2024 (30 hari)

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 (Kumpulan B)

jadual takwim kalendar persekolahan sesi 2023-2024

Penggal 1 : 20 Mac hingga 26 Mei 2023 (41 hari)

  • Cuti Pertengahan : 22 April - 30 April 2023
  • Cuti Penggal 1 : 27 Mei - 4 Jun 2023

Penggal 2 : 5 Jun hingga 25 Ogos 2023 (55 hari)

  • Cuti Penggal 2 : 26 Ogos - 3 September 2023

Penggal 3 : 4 September 2023 hingga 9 Februari 2024 (100 hari)

  • Cuti Penggal 3 : 16 Disember 2023 - 1 Januari 2024

Cuti Akhir Persekolahan : 10 Februari - 10 Mac 2024 (30 hari)

Cuti Perayaan Sepanjang 2023/2024

cuti persekolahan sesi 2023-2024

Hari Raya Aidilfitri (22 & 23 April 2022)

Hari Raya Qurban (29 Jun 2023)

Hari Deepavali (12 November 2023)

Tahun Baru Cina (10 & 11 Februari 2024)

Pesta Keamatan (30 & 31 Mei 2023)

Perayaan Hari Gawai Dayak (1 & 2 Jun 2023)

Hari Krismas (25 Disember 2023)

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dimuat turun melalui sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim

Anda juga boleh download versi PDF - DISINI

2/Post a Comment/Comments

  1. oh maksudnya bulan 3 lah budak baru start sekolah semula... pening juga yaa, dh macam semester dekat u😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la. Budak ada lagi januari ni. penggal akhir sebelum cuti akhir tahun bulan feb nanti rasanya. Kira senang faham, cuti akhir tahun dia bulan Mac. Nanti 2024 pun macam tu juga. Covid punya pasal la

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post