Telefilem Mingki Di TV9

Telefilem Mingki Di TV9

Saksikan telefilem Mingki yang akan menemui penonton pada 2 November 2022, bersiaran pada hari Jumaat pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Dengan tayangan asal pada tahun 2019, naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Skyline Pictures, diarahkan oleh Fairoz Loy dengan nukilan skrip daripada Jumal Yunus.

Sinopsis Telefilem Mingki

Telefilem Mingki menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Norlia Ghani, Suraya Ghani, Ameerul Aysraf, Ali Fardeen, Haziq Rasidin dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Nek Mah
  • Zamarul Hisham sebagai Rahman
  • Farahdhiya sebagai Maznah
  • Fahrin Ahmad sebagai Suib
  • Norlia Ghani sebagai Mak Teh
  • Suraya Ghani sebagai Sue
  • Ameerul Asyraf sebagai Salleh

Tonton Mingki online - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Nek Mah yang tinggal sendirian di kampung bertemankan kucing kesayangannya Mingki selepas anaknya, Maznah berkahwin dengan Rahman. Sikap Maznah semakin berubah sejak berkahwin.

Jirannya, Mak Teh sering menjenguk dan bertanya khabar Nek Mah. Segala masalah Nek Mah akan ceritakan kepada Mingki dan Mak Teh. Suatu hari Nek sedih apabila Mingki mati selepas dia selesai solat subuh. Sejak itu Nek Mah murung seperti dia kehilangan anaknya dulu.

Rahman rasa kasihan melihat keadaan ibu mertuanya yang tidak ceria seperti dahulu. Disebabkan itu, dia menghadiahkan seekor kucing baharu kepada Nek Mah dan Nek Mah memberikan nama Mingki juga kepada kucing baharunya.

Namun anaknya, Maznah kurang senang dengan apa yang Rahman lakukan kerana duit pampasan Rahman tidak begitu banyak dan padanya tidak perlu untuk membeli benda yang tidak berfaedah.

Telefilem Mingki Di TV9

Telefilem Mingki Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post