Telefilem Portal Di TV2

Telefilem Portal Di TV2

Saksikan telefilem Portal yang akan menemui penonton pada 28 Disember 2022, bersiaran pada hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem pengembaraan fantasi ini merupakan terbitan syarikat produksi Imagine Nation Films Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zafryn Zainal Abidin dengan nukilan skrip daripada Zafeilum Baginda.

Sinopsis Telefilem Portal

Telefilem Portal menampilkan barisan pelakon seperti Qistina Raisah, Zali Rusli, Airil Azimi, Kaw Qing Wei, Putra Amaris, Aleeza Shada, Zamarul Hisham dan ramai lagi.

Tonton telefilem Portal - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Sufian dan Albert bercuti bersama keluarga Anis di rumah pantai mereka. Percutian bermula dengan baik tetapi pada malam itu, perhatian mereka ditarik oleh satu cahaya berkelip-kelip di hutan berdekatan rumah percutian.

Mereka bertiga, termasuk Laila pergi memyiasat sumber kerlipan lampu tersebut. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa dan mereka berpatah balik, namun mereka dikejutkan dengan satu cahaya yang sangat terang apabila mereka menoleh ke belakang.

Telefilem Portal Di TV2

Telefilem Portal Di TV2

1/Post a Comment/Comments

  1. OMG.. memangtaklah nak masuk dalam portal tu kalau jumpa. mungkin akan buat tik tok live aje kot

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post