Telefilem Raju Di TV2

Telefilem Raju Di TV2

Saksikan telefilem Raju yang akan menemui penonton pada 5 Disember 2022, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi SR Motion Pictures, diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya aka Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Raju

Telefilem Raju menampilkan barisan pelakon seperti Thieran Gabriel, Hasnul Rahmat, Syed Irfan, Fazlina  Ahmad Daud, Susila Devi, Nita Krishnan, JC Lim dan ramai lagi.

Tonton telefilem Raju online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Rama dan Selamat dalam sebuah bot sedang memancing. Tiba-tiba sungai deras dan bot mereka karam, Selamat sempat berpaut namun Rama dihanyutkan arus deras dan dipercayai mati lemas.

Selamat bertanggungjawab menjaga Raju iaitu anak Rama dan kambing miliknya. Pada mulanya, isteri Selamat iaitu Timah enggan menerima Raju menjadi anak angkatnya kerana berlainan bangsa dan budaya namun Selamat bersungguh ingin menjaga Raju.

Telefilem Raju Di TV2

Telefilem Raju Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post