Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Secara Online

Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Perdana Menteri, YAB Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula bantuan tunai B40 daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pembayaran Fasa 1 akan dibuat bermula 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.

Katanya lagi bantuan ini akan terus dibaiki apabila bayarannya akan diawalkan berbanding perancangannya pada bulan Mac 2023 sepatutnya. Ini bertujuan bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

STR untuk Fasa 1 ini bakal dimanfaatkan oleh 8.7 juta golongan B40 yang melibatkan kewangan bernilai RM1.67 bilion dimana akan dikreditkan dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat.

Jadi bagi yang ingin buat semakan status kelulusan dan bayaran yang dibuat, anda boleh ikuti beberapa langkah seperti dibawah.

Cara Semak Status Kelulusan Dan Bayaran STR Fasa 1 2023

Anda boleh mula semak status kelulusan dan bayaran bermula 17 Januari 2023 (Selasa) yang dibuat secara berperingkat melalui langkah-langkah berikut:

1.  Pergi ke portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM dan kemudian login dengan menggunakan nombor kad pengenalan beserta kata laluan yang telah anda daftar sebelum ini. Klik 'Semak'

2.  Kemudian klik pada 'Semakan Pembayaran Fasa 1' pada bahagian menu. Disini akan dipaparkan butiran peribadi anda dan juga status permohonan.

Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

3.  Klik pada 'Maklumat Bayaran' untuk ketahui status kredit anda, adakah sudah dibuat bayaran atau belum.

Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Cara Penerimaan Bayaran STR Fasa 1

Penerima STR yang mempunyai akaun bank, akan terus dikreditkan ke dalam akaun secara automatik. Untuk penerima di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023 juga.

Cara Lain Untuk Semakan Status Kelulusan

Selain daripada semakan secara online, anda juga boleh buat semakan status kelulusan ini dengan beberapa cara lain, antaranya:

  1. Hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang)
  2. Hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di talian 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang)
  3. Selain itu, anda juga boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM untuk berurusan
  4. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store

Jumlah Yang Diterima Untuk STR Fasa 1

Jumlah bayaran STR Fasa 1 yang bakal diterima adalah sebanyak RM300 untuk golongan isi rumah (kahwin/ibu bapa tunggal yang mempunyai anak). Manakala golongan warga emas tiada pasangan dan bujang masing-masing menerima sebanyak RM100.

Bayaran Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post