Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun ASB Secara Online (Maybank2u)

Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun ASB Secara Online (Maybank2u)

Selain daripada buat penambahan pelaburan ASB di cawangan ASNB, poslaju dan di bank, anda juga boleh transfer terus secara online iaitu dengan menggunakan akaun Maybank anda sahaja menerusi perbankan online.

Dengan kaedah ini, anda tidak perlu lagi bersusah-susah beratura panjang semata-mata untuk masukkan duit ke akaun ASB anda. Sebab kini anda boleh buat semua perkara tersebut secara online dihujung jari anda sahaja.

Anda boleh transfer sama ada menggunakan website Maybank2u atau menerusi aplikasi Maybank iaitu MAE yang boleh di muat-turun dari Play Store atau App Store. Kemudian semak menggunakan myasnb.

Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online

Sama ada menggunakan Maybank2u atau aplikasi MAE, kedua-dua kaedah ini menggunakan langkah dan cara yang sama sahaja. Untuk tutorial ini hanya fokus kepada aplikasi MAE sahaja yang mana anda boleh lakukan menggunakan telefon anda sahaja.

  1. Buka aplikasi MAE dan anda perlu login terlebih dahulu
  2. Kemudian klik pada butang 'Transfer' dan cari tab ASNB dengan swipe ke kiri. Dibahagian kedua hujung.
  3. Jika anda belum mendaftar akaun ASB pada Maybank anda, klik pada New Transfer
  4. Kemudian masukkan semua butiran yang diperlukan dibawah produk 'Amanah Saham Bumiputera' seperi nombor ID dan sebagainya.
  5. Tetapi sekiranya anda sudah mempunyai akaun myasnb dan telah sambungkan dengan maybank anda, akan dipaparkan pada bahagian Favourites secara automatik.
  6. Akhir sekali masukkan jumlah yang anda ingin transfer ke akaun ASB anda dengan nilai minima RM1.00

Bayar seperti biasa sehingga selesai...

Tutorial bergambar

1)  Buka aplikasi dan login. Kemudian klik pada 'Transfer' dan cari ASNB. Klik butang akaun anda dan masukkan jumlah anda anda inginkan.

2)  Akhir sekali klik 'Transfer Now' dan buat bayaran seperti biasa

Cara transfer duit dari Maybank ke akaun ASB

Anda perlu tahu cara pemindahan terus atau direct transfer daripada Maybank seperti ini akan dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi. Tetapi jika anda tidak ingin dikenakan caj tambahan, anda boleh transfer secara terus secara online daripada myasnb atau menerusi aplikasi.

Manakala untuk tempoh transaksi pemindahan pula akan dikemaskini selepas 2 hari waktu bekerja. Jadi kalau anda transfer hari Isnin, masuk hari Rabu. Tapi transfer guna myasnb, boleh terus masuk on the spot tau.

Semoga bermanfaat...

2/Post a Comment/Comments

  1. oh. saya takde MAE.. tapi saya gunakan app ASNB

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Disini jelas kecelaruan saya mengenai svc charge RM1.00 yg dikenakan utk transfer dari maybank2u ke ASNB.Jadi utk elakkan svc charge RM1.00 gunakan aplikasi myASNB utk simpan duit dari mana2 akaun. Masih mencari info bagaimana pula utk membuat Standing Instruction ASNB melalui maybank agar potongan berterusan dibuat secara automatik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post