Senarai Cuti Umum & Cuti Peristiwan Tahun 2023 (Public Holidays)

Cuti umum sepanjang tahun 2023

Setiap tahun benda ni la kita selalu perhatikan dulu. Kita akan cari bila cuti umum atau cuti peristiwa yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Jadi kali ini, jom kite tengok senarai public holidays untuk tahun 2023.

Kalau ikut kalendar kuda 2023, cuti sekolah akan ditandakan dengan warna kuning. Tetapi untuk mereka yang sudah bekerja, hanya sebahagian sahaja cuti sekolah itu adalah cuti umum termasuk juga cuti-cuti perayaan.

Jadi nak tahu betul-betul kena tengok bilakah tarikh sebenar cuti umum tersebut yang mana akan berlaku hari-hari penting seperti hari perayaan; Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan sebagainya.

Selain itu, ianya juga cuti umum sempena Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan sebagainya.

Kalau dah tahu bila cuti umum, mudah la anda buat persediaan atau boleh plan apa-apa aktiviti ketika hari cuti tersebut. Selain itu, boleh juga berehat selepas penat membanting tulang dan bekerja sepanjang hari kan.

Senarai Cuti Umum Dan Cuti Peristiwa Tahun 2023

Tak perlu semak satu-satu di kalendar dah. Anda boleh tengok sini senarai penuh hari dan tarikh cuti umum seluruh Malaysia tahun 2023 serta cuti peristiwa yang melibatkan beberapa negeri.

Januari 2023

  • 1 Januari (Ahad) - Hari Tahun Baru (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 2 Januari (Isnin) - Cuti Tahun Baru (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Januari (Sabtu) - Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  • 22 Januari (Isnin) - Tahun Baru Cina (Cuti Umum)
  • 23 Januari (Isnin) - Cuti Tahun Baru Cina (Cuti Umum)
  • 24 Januari (Selasa) - Cuti Tahun Baru Cina (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) 

Februari 2023

  • 1 Februari (Rabu) - Hari Wilayah Persekutuan (KL, Labuan & Putrajaya)
  • 5 Februari (Ahad) - Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya & Selangor)
  • 18 Februari (Sabtu) - Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 19 Februari (Ahad) - Cuti Israk dan Mikraj (Kedah & Terengganu)

Mac 2023

  • 4 Mac (Sabtu) - Hari Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  • 23 Mac (Khamis) - Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
  • 23 Mac (Khamis) - Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

April 2023

  • 7 April (Jumaat) - Good Friday (Sabah & Sarawak)
  • 8 April (Sabtu) - Nuzul Al-Quran (Kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • 9 April (Ahad) - Cuti Nuzul Al-Quran (Kelantan & Terengganu)
  • 15 April (Sabtu) - Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 22 April (Sabtu) - Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
  • 23 April (Ahad) - Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
  • 24 April (Isnin) - Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
  • 26 April (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

Mei 2023

  • 1 Mei (Isnin) - Hari Pekerja (Cuti Umum)
  • 4 Mei (Khamis) - Hari Wesak (Cuti Umum)
  • 17 Mei (Rabu) - Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  • 22 Mei (Isnin) - Hari Hol Pahang (Pahang)
  • 30 Mei (Selasa) - Hari Menuai (Labuan & Sabah)
  • 31 Mei (Rabu) - Cuti Hari Menuai (Labuan & Sabah)

Jun 2023

  • 1 Jun (Khamis) - Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun (Jumaat) - Cuti Hari Gawai (Sarawak)
  • 5 Jun (Isnin) - Hari Keputeraan Agong (Cuti Umum)
  • 18 Jun (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
  • 28 Jun (Rabu) - Hari Arafat (Terengganu)
  • 29 Jun (Khamis) - Hari Raya Haji (Cuti Umum)
  • 30 Jun (Jumaat) - Cuti Raya Haji (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)

Julai 2023

  • 7 Julai (Jumaat) - Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 8 Julai (Sabtu) - Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 19 Julai (Rabu) - Awal Muharram (Cuti Umum)
  • 22 Julai (Sabtu) - Hari Sarawak (Sarawak)
  • 30 Julai (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Pahang

Ogos 2023

  • 23 Ogos (Rabu) - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
  • 24 Ogos (Khamis) - Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
  • 31 Ogos (Khamis) - Hari Merdeka (Cuti Umum)

September 2023

  • 16 September (Sabtu) - Hari Malaysia (Cuti Umum)
  • 17 September (Ahad) - Cuti Hari Malaysia (Kelantan & Terengganu)
  • 28 September (Khamis) - Maulidur Rasul (Cuti Umum)

Oktober 2023

  • 7 Oktober (Sabtu) - Hari Jadi Yang di-Pertua Sabah (Sabah)
  • 14 Oktober (Sabtu) - Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak (Sarawak)

November 2023

  • 3 November (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
  • 12 November (Ahad) - Deepavali (Kecuali Sarawak)
  • 12 November (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 13 November (Isnin) - Cuti Deepavali (Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu)

Disember 2023

  • 11 Disember (Isnin) - Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  • 24 Disember (Ahad) - Christmas Eve (Sabah)
  • 25 Disember (Isnin) - Hari Christmas (Cuti Umum)


Cukup tak cuti tahun 2023 ni?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post