Info & Sinopsis Drama Akira Khan Di Astro Ria

Drama Akira Khan Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Akira Khan yang akan menemui penonton mulai 18 Januari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di Astro Go

Drama 28 episod yang bakal menggantikan Cina Buta yang telah tamat pada 17 Januari lalu ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu 'Akira Khan' karya Ammara Ayyash.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Haida Mazni Mohammad.

OST Drama

Lagu Tema : Akira
Artis : Ezad Lazim & Salma Asis
Kompser : Pjay Hamzah & Bael0n
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Drama Akira Khan

Drama Akira Khan menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Esma Daniel, Dilla Ahmad, Razman Mahyuddin, Maria Farida, Idzham Ismail, Safura Yaakub, Pushpa Narayan, dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Raden
  • Uqasha Senrose sebagai Akira
  • Irfan Zaini sebagai Zakar Khan
  • Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  • Razman Mahyuddin sebagai Iskandar
  • Dilla Ahmad sebagai Doktor Amelia
  • Esma Daniel sebagai Kamarul
  • Maria Farida sebagai Fareedah
  • Idzham Ismail sebagai Joe

Tonton Akira Khan online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang seorang wanita Pakistan bernama Akira yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden. Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereke terpaksa berpisah atas masalah keluarga.

Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.

Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Pelbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka berdua.

Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

Drama Akira Khan Di Astro Ria

Drama Akira Khan Di Astro Ria

Drama Akira Khan Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post