Info Dan Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat Di TV3

drama bukan lelaki terhebat di tv3

Saksikan drama terbaru Bukan Lelaki Terhebat yang akan menemui penonton mulai 26 Januari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan juga boleh strim secara online di watch.tonton.com.my

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Hati Tanpa Rasa ini juga akan ditayangkan menerusi platform iQIYI di www.iq.com sejam selepas tayangan di tv untuk pengguna VIP dan secara percuma selepas 48 jam kemudian.

Drama 15 episod yang diinspirasikan daripada novel 'Bukan Lelaki Terhebat' karya Dilla Ahmad ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangestree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip daripada Zarihah Hassan.

OST Drama

Lagu : Lafaz
Penyanyi : Syafeek Ikhwan
Komposer : Mel Ramlan & Jipie
Penulis Lirik : Mel Ramlan & Jipie

Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Anies Hann, Ameerul Aysraf, Omar Abdullah, Zarina Zainuddin, Sham Visa, Arash Mohd, Hasnul Rahmat, Halim Radzi, Harissa Adlynn dan ramai lagi.

  • Adam Lee sebagai Jaden
  • Sweet Qismina sebagai Sri Dhia
  • Anies Hann sebagai Ariana
  • Ameerul Asyraf sebagai Andi
  • Omar Abdullah sebagai Pak Samad
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Zalina
  • Sham Visa sebagai Dato Shamsul Azri
  • Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
  • Harissa Adlynn sebagai Jannah
  • Halim Radzi sebagai Doktor Iqram

Tonton drama Bukan Lelaki Terhebat online - disini | disini

Ianya mengisahkan tentang tentang Jaden iaitu seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri.

Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana. Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad.

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia.

Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka.

Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad.

Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

drama bukan lelaki terhebat di tv3

drama bukan lelaki terhebat di tv3

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post