Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Saksikan drama terbaru Bukan Syurga Pilihan yang akan menemui penonton mulai 2 Januari 2023, bersiaran  setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima 105 dan boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 40 episod yang diadaptasi daripada novel Gantung karya AH Clans yang bakal bersiaran bagi menggantikan Jesnita merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz dengan nukilan skrip daripada panel skrip MIG sendiri.

OST Drama

Tajuk Lagu : Tersakiti
Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Archie Nasution
Lirik : Archie Nasution

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Drama Bukan Syurga Pilihan menampilkan barisan pelakon seperti Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Aisyah Iliyas, Fezrul Khan, Ady Mohammad, Syaff Azahan, Natasya Charmaine, Fathil Dani, Neera Azizi, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani
  • Azizah Mahzan sebagai Dato Ilya
  • Aisyah Iliyas sebagai Sofeya
  • Fezrul Khan sebagai Zaid
  • Ady Mohammad sebagai Nizam
  • Syaff Azahan sebagai Daniel
  • Zarina Zainoorin sebagai Lidya

Tonton drama Bukan Syurga Pilihan online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahakn tentang kehidupana Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang mana dia menjanjikan bahagia buat selamanya.

Janji manis ini dimungkiri apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga kepada Tihani ketika mereka sedang gaduh.

Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea iaitu gadis pilihan ibunya iaitu Dato' Ilya.

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani kerana perkahwinan kedua ini juga turut dipenuhi onak duri apabila mereka diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat.

Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila suaminya, Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

2/Post a Comment/Comments

  1. letih dah tengok drama dengan gangguan orang ketiga ni

    ReplyDelete
  2. Quite entertaining & good acting, memang suka acting Nadiya Nissa ni - Ungku Haris at his best, esp #36 - keluar juga air mata when Ariff ws divorcing Tihani . Seems that writer collects all kinds of guilt & madness into one capsule. I didnt watch #1 - curios on gangsterism dato Iliya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post