Drama Kampung Senariuh Di Awesome TV

Drama Kampung Senariuh Di Awesome TV

Saksikan drama sitkom Kampung Senariuh yang akan menemui penonton mulai 1 Januari 2023, bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad, pada jam 11.00 malam menerusi slot Sitcom di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Kali ini pelawak legend Senario kembali ke kaca tv bagi menghiburkan semua penonton yang merindui aksi dan lawak mereka dibawah arahan Bob Ismail Hasim

Sinopis Drama Kampung Senariuh

Drama Kampung Senariuh menampilkan barisan pelakon seperti Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin, Mamak Puteh, Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil dan ramai lagi.

  • Wahid sebagai Wahid Deghian
  • Azlee sebagai Pak Azlee
  • Saiful Apek sebagai Apek
  • Yassin sebagai Yassin Rambo

Tonton drama Kampung Senariuh online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Watak Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. Watak Wahid Deghian pula merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. Manakala watak Apek pula merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. Watak Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor.

Drama Kampung Senariuh Di Awesome TV

Drama Kampung Senariuh Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post