Filem Escape Di Pawagam Mulai 5 Januari Ini

Filem Escape Di Pawagam Mulai 5 Januari Ini

Saksikan filem Escape yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 Januari 2023 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem thriller serebral Malaysia ini merupakan terbitan bersama syarikat produksi Dreamland Productions dan DMY Creation dan Ikhswansha Hazer bertindak sebagai pengarah merangkap penulis skrip bagi naskah ini.

Sinopsis Filem Escape

Filem Escape menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Dato' Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Adam
  • Riz Amin sebagai Inspektor Azizul
  • Elizabeth Tan sebagai Eva
  • Amar Asyraf sebagai Hamzah
  • Zamarul Hisham sebagai Imam Muljain
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Mejar Dzulkarnain
  • Pablo Amirul sebagai Hitman

Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adam yang telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang terrorist. Dalam masa yang sama, dia juga tidak ingat apa-apa tentang dirinya.

Satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya dari bilik tersebut adalah dengan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. Apa yang Adam perlu buat adalah memberitahu pihak berkuasa tentang lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Adam mula menyedari bahawa pihak berkuasa yang mengurungnya itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi senjata tersebut bagi melancarkan agenda jahat mereka.

Filem Escape Di Pawagam Mulai 5 Januari Ini

Filem Escape Di Pawagam Mulai 5 Januari Ini

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post