Jadual Perlawanan Final Piala AFF 2022 Antara Vietnam VS Thailand

Jadual Perlawanan Final Piala AFF 2022 Antara Vietnam VS Thailand

Perjalanan kini sudah sampai ke penghujung apabila final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan berlangsung mempertemukan finalis atau pasukan gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam.

Edisi 2020 telah menyaksikan Thailand berjaya mengalahkan Vietnam di pusingan separuh akhir dengan aggregat 2-0. Adakah kali ini rekod tersebut akan diteruskan oleh Thailand dengan mencatatkan kemenangan atau Vietnam ingin bangkit merampas kejuaraan daripada penyandang juara tersebut.

Vietnam berjaya mara ke pusingan akhir selepas mengalahkan Indonesia dengan aggregat 2-0 ketika di separuh akhir. Manakala skuad Gajah Perang berjaya bangkit ditempat sendiri selepas membenam Malaysia dengan aggregat 3-1 di tempat sendiri.

Berikutan dengan keputusan tersebut, skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan tersebut sekali gus sekali lagi tidak berpeluang untuk mengulangi kejuaraan sulung yang dirangkul ketika tahun 2010 yang lalu.

Apa-apapun tahniah kepada semua pemain bersama ketua jurulatih Kim Pan Gon kerana menjadikan Malaysia antara 4 pasukan terbaik Asia Tenggara ketika ini. Haruslah pertahankan kepimpinan KPG! Jumpa di Piala Asia 2023 pula.

Jadual & Keputusan Perlawanan Aksi Final Piala Mitsubishi Electric 2022

Sama seperti edisi sebelum-sebelumnya dimana perlawanan akhir juga akan berlangsung sebanyak 2 kali secara timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 13 Januari dan Vietnam sebagai tuan rumah. Manakala perlawanan kedua berlangsung pada 16 Januari dan Thailand pula menjadi tuan rumah.

Jadi jangan terlepas juga untuk saksikan aksi sebenar bola sepak antara keduanya secara langsung yang juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena 802 dan secara online di astrogo.astro.com.my. Selain itu, perlawanan ini juga akan ditayangkan di RTM menerusi TV2 dan Sukan RTM serta secara striming di rtmklik.rtm.gov.my

Berikut merupakan jadual penuh bagi pusingan akhir Piala Mitsubishi Electric 2022 antara Thailand dan Vietnam

13 Januari 2022 (Jumaat)

FT : Vietnam (2) - (2) Thailand

  • Nguyen Tien Linh 24'
  • Poramet Arjvirai 48'
  • Peeradol Chamratsamee 63'
  • Van Tanh Vu 88'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

16 Januari 2022 (Isnin)

FT : Thailand (1) - (0) Vietnam (Agg: 3-2)

  • Theerathon Bunmathan 24'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Thammasat, Thailand
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

THAILAND DINOBATKAN SEBAGAI JUARA PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022

Thailand juara Piala AFF 2022-2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post