Senarai 14 Lokasi Skrin Besar Untuk Menonton Piala AFF 2022 Malaysia VS Thailand

14 Lokasi Skrin Besar Untuk Menonton Piala AFF 2022 Malaysia VS Thailand

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia khusus bagi peminat bola sepak apabila sebanyak 14 lokasi yang menyediakan SKRIN BESAR bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric 2022 yang akan dibawakan secara langsung.

BACA : 25 Lokasi Skrin Besar Separuh Akhir Kedua Thailand VS Malaysia

Perlawanan ini pastinya melibatkan skuad Harimau Malaya iaitu Malaysia menentang Thailand pada 7 Januari 2023 yang mana sepak mula akan berlangsung pada pukul 8.30 malam serentak di tayangan di seluruh negara.

Jangan risau, skrin besar ni bukan menggunakan saluran RTM dimana kita sedia maklum tayangan tersebut lewat 15 minit daripada masa perlawanan sebenar bermula. Sebaliknya menerusi saluran Astro Arena 802 bermula tepat pada masanya.

Mungkin inisiatif ini dibuat oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengatasi keluhan peminat yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium berikutan lebih 20k tiket tidak boleh dijual bagi memberi laluan pemasangan pentas untuk konsert Jay Chou. Juala tiket sebanyak 59,000 juga habis dijual dalam masa 2 hari sahaja.

Jadi sedikit sebanyak skrin besar ini dapat mengumpulkan lagi lebih ramai penyokong yang bukan tertumpu di Lembah Klang semata-mata tetapi di seluruh negara. Boleh datang beramai-ramai dan tonton bersama rakan dan keluarga sambil memberikan sokongan jitu kepada pasukan Harimau Malaya.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan berlangsung dalam dua pusingan secara timbal balik. Pada perlawanan pertama, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari 2023. Manakala untuk aksi kedua, Thailand pula akan melayan kunjungan Malaysia pada 10 Januari nanti di Stadium Thammasat.

Senarai 14 Lokasi Skrin Besar Untuk Menonton Malaysia VS Thailand

Usahlah bersedih, jom datang beramai-ramai ke mana-mana 14 lokasi dengan skrin besar bagi saksikan siaran langsung Separuh Akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022

  1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
  4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak
  5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
  6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam Selangor
  7. Perkarangan Majlis Perbadaran Sepang, Selangor
  8. Dataran Stadium Kajang, Selangor
  9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam Selangor
  10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan
  11. Restoren Al Marjan MITC, Ayer Keroh Melaka
  12. Dewan Bandaraya Kuantan Pahang
  13. MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak
  14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

14 Lokasi Skrin Besar Untuk Menonton Piala AFF 2022 Malaysia VS Thailand

Jom datang beramai-ramai!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post