Senarai Pemain Malaysia Untuk Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Senarai Pemain Malaysia Untuk Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Kejohanan bagi acara Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 (BAMTC) akan bermula pada 14 hingga 19 Februari 2023 bertempat di Dubai Exhibition Centre, Expo City, Dubai, UAE

Acara dwi tahunan ini telah diadakan sejak 2017 dan ini merupakan edisi ketiga. Selepas acaranya terpaksa dibatalkan pada tahun 2021 ekoran pandemik yang berlaku di seluruh dunia yang sepatutnya diadakan di Wuhan, China.

Kini ianya kembali dan bakal menghimpunkan pasukan dan pemain-pemain badminton handalan terutumpu di benua Asia. Pastinya nama-nama besar kita akan dapat lihat daripada pasukan China, Jepun, Indonesia, Thailand, India, Korea termasuklah Malaysia.

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara BAMTC kali ini dan telah menyenaraikan pemain-pemain utama bagi merebut gelaran juara untuk edisi kali ini. Nak tahu pemain mana yang mewakili negara, jom kita tengok senarai dibawah.

Senarai Pemain Malaysia Di Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi telah menyenaraikan 16 pemain yang akan menggalas cabaran dalam kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 untuk kesemua kategori.

Seperti yang diumumkan oleh Badminton Asia, setiap pasukan perlu menghantar tidak kurang daripada 4 pemain iaitu 2 lelaki dan 2 wanita serta tidak lebih daripada 16 pemain iaitu 8 lelaki dan 8 wanita.

Berikut merupakan senarai skuad Malaysia yang mana mereka adalah termasuk pemain-pemain dibawah naungan BAM dan juga pemain-pemain profesional negara

[Perseorangan Lelaki]

  • Lee Zii Jia [2]
  • Leong Jun Hao [66]

[Perseorangan Wanita]

  • Goh Jin Wei [29]
  • Wong Ling Ching [241]

[Beregu Lelaki]

  • Aaron Chia [3]
  • Soh Woo Yik [3]
  • Teo Ee Yi [8]
  • Ong Yew Sin [8]

[Beregu Wanita]

  • Thinaah Muralitharan [8]
  • Pearly Tan [8]
  • Teoh Mei Xing [109]
  • Go Pei Kee [109]

[Beregu Campuran]

  • Tan Kian Meng [6]
  • Lai Pei Jing [6]
  • Chen Tang Jie [75]
  • Toh Ee Wei [75]

Keseluruhan ialah 8 lelaki dan 8 wanita. Senarai pemain ini paling muda berumur 20 tahun dan paling berumur adalah 31 tahun. Manakala nombor tersebut mewakil rangking dunia BWF semasa bagi setiap pemain.

Bagi yang bertanya kenapa Ng Tze Yong tidak tersenarai. BAM mengumumkan dimana beliau akan menumpukan perhatian mempersiapkan diri bagi siri kejohanan Eropah seperti All England

Sumber : Badminton Association of Malaysia (BAM), badmintonchampionships.org

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemain Malaysia Untuk Badminton Asia Mixed Team Championships 2023"