Review Filem Mili Di Netflix. Bertahan Untuk Terus Hidup

Review Filem Mili Di Netflix

Filem Mili mula ditayangkan pada tahun 2022 di pawagam India dan kini sudah boleh mula disaksikan menerusi platform penstriman Netflix Malaysia di www.netflix.com atau aplikasi Netflix di mobile mulai 30 Disember 2022.


Rating : 16+
Genre : Survival Thriller Hindi
Tayangan : Netflix
Tayangan Asal : November 2022
Lakon Layar : Ritesh Shah
Pengarah : Mathukutty Xavier
Produksi : Bayview Projects & Zee Studios

🎥 Dapatkan Netflix Murah Disini

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Janhvi Kapoor, Sunny Kaushal, Manoj Pahwa, Seema Pahwa, Jackie Shroff, Hasleen Kaur, Rajesh Jais, Vikram Kochhar, Anurag Arora, Sanjay Suri dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Mili

Filem Mili mengisahkan tentang Mili Naudiyal (Janhvi Kapoor) seorang jururawat yang memasang azam untuk sambung belajar ke Kanada. Jadi di mesti melepasi ujian IELTS bagi melayakkan dia untuk terbang ke negara eropah tersebut. Dalam masa yang sama Mili tinggal bersama ayahnya, Niranjan Naudiyal (Manoj Pahwa) dan bercinta dengan Sameer Kumar (Sunny Kaushal) tanpa pengetahun orang tuanya. Sambil belajar, Mili juga bekerja di sebuah restoren fast food, Doon's Kitchen di sebuah shopping mall, Pacific.

Review Filem Mili Di Netflix

Pada suatu hari, Mili dan Sameer ditahan polis kerana tidak memakai helmet. Ternyata bukan itu sahaja kesalah yang dilakukan dimana Sameer akhirnya kantoi yang dia mengambil arak sebelum itu. Disebabkan itu, Sameer dan Mili diarahkan ke balai polis. Disebabkan itu, pegawai polis memangil ayah Mili untuk membawanya pulang.

Sejak dari itulah, ayahnya tidak bercakap dengan Mili atas tingkah lakunya yang dilakukan dibelakang ayahnya bersama lelaki tersebut yang dianggap menconteng arang ke muka ayahnya. Hari ke hari, mereka tidak bercakap dan dalam masa yang sama hubungannya dengan Sameer juga terganggu sehingga terbawa-bawa ke tempat kerja.

Satu hari ketika selesai waktu operasi Doon's Kitchen, rakan sekerja Mili menyuruhnya untuk menyimpan stok makanan ke dalam bilik ais. Ketika sibuk mengemas, tiba-tiba pintu bilik ais tersebut dikunci daripada luar oleh managernya iaitu Sundheer (Vikram Kochhar) yang mana dia juga tidak tahu ada orang di dalam bilik ais tersebut.

Jadi disinilah bermula survival Mili untuk terus hidup dalam sebuah bilik ais yang terkunci dengan suhu serentah -18 °C. Pelbagai perkara yang dibuat bagi melepaskan diri daripada bilik ais tersebut. Dalam masa yang sama juga, tiada siapa pun yang tahu Mili terperangkap di dalam sana.

Adakah Mili mampu bertahan dengan suhu yang rendah dalam tempoh yang lama? Kalau selamat, macam Mili melepaskan diri? Kena tengok sendiri di Netflix.

Review Filem Mili Di Netflix

Review Mili

Sebenarnya aku tak tahu pun, filem ini adalah remake filem Malayalam iaitu Helen. Jadi pada awalnya aku ingat ini filem original la. Tapi apa-apapun filem Hindi sekarang bukan biasa-biasa dah termasuklah Mili ini juga.

Jalan cerita sangat sangat dan menarik. 45 minit pertama, anda akan disajikan dengan gelak tawa dan suasana kekeluargaan yang inda antara jiran serta ayah dan anak. Ditambah lagi ayahnya pun membawa watak kelakar dengan sangat baik dan bersahaja. Dalam tempoh ini, seolah-olah anda tak tahu apa perkara buruk yang akan terjadi kalau anda tak baca sinopsis dari mana-mana sumber.

Muzik skor yang digunakan cukup baik. Muzik santai ketika ada keceriaan dan muzik suspen yang digunakan boleh buat kita tertunggu-tunggu jugalah apa akan terjadi selepas itu.

Bagi aku ada 3 plot yang menarik sepanjang penceritaan. Pertama ketika suasana ceria berlaku antara ayah dan anak perempuan pada awal penceritaan. Kemudian survival Mili ketika berada di dalam bilik ais berseorangan selama 5 jam. Akhir sekali ketika orang ramai termasuk termasuk ayah, boyfriend dan pihak polis mencarinya pada malam tersebut.

Review Filem Mili Di Netflix

Banyak perkara menarik berlaku untuk Mili lepaskan diri. Ditambah pula ilmu jururawat juga digunakan dalam menyelamatkan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Disebabkan itu, dia dapat untuk terus bertahan selama mungkin. Ini sangat menarik. Macam-macam dia buat. Cuba tutup kipas dengan kotak, hidupkan api dalam bilik ais yang tertutup, balut pada bahagian yang mudah beku dan sebagainya.

Dalam masa yang sama timbul juga isu dalam kalangan pihak polis. Ada pegawai yang tidak berpuas hati sehinggakan tidak memberitahu lokasi terakhir telefon Mili yang menjadi antara punca utama untuk jejakinya. Tengok pula, banduan yang berjaya selesaikan masalah polis tersebut. Agak menarik disini.

Dengan adegan happy dan suspen semua ni. Masih ada babak sedih dalam filem ini. Tetapi bagi aku paling sedih sebenarnya bila tikus yang sama-sama terperangkap dalam freezer tersebut mati. Aku tak tahu tikus tu CGI ke betul sebab memang nampak real bila dia pegang tikus tu. Akhirnya, lepas dia terjaga dari tidur, tengok tikus tu dah mati kesejukan. Pada awalnya tikus tu datang pada Mili pun sebab kesejukan. Duduk bawah baju. Tengok last sekali mati. Aduh

Review Filem Mili Di Netflix

Ceria, suspen, geram, gelak tawa dan sedih semua cukup dalam filem Mili ni. Pelakon Janhvi Kapoor ni pun lawa. Jadi bestlah nak tonton filem ni. Semua secukup rasa. Walaupun filem sampai 2 jam. Tak rasa bosan pun.

Tiada babak dewasa yang dipaparkan. Kalau ada pun, seriua sikit bila almbari jatuh atas kaki Mili dan paling seriua bila tangannya melekat di permukaan lantai dan terpaksa tarik. Terkoyak kulit. Siap bunyi dan darah tu. Terasa juga tu. Aduh

Boleh tengok dengan anak-anak tapi bahagian itu je la yang tidak sesuai kot. Yang lain. Recommended. Korang kena tengok sendiri di Netflix dan merasai saat berjuang untuk hidup ditempat yang sejuk. 

Boleh tengok filem Mili - DISINI | DISINI


Rating Mili : 8.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post