Review Projek High Council Di Astro. Sangat Padu!

Review Projek High Council Di Astro

Hari ni (Sabtu, 14 Januari), tayangan perdana untuk episod 1 siri Projek High Council boleh ditonton di Astro. Walaubagaimanapun hanya dimainkan di Astro Go atau secara On Demand sahaja. Ini kerana tayangan sebenar adalah pada 23 Januari nanti.

Jadi aku berkesempatan untuk tonton penuh episod pertama ini menerusi Astro Ultra Box. Lebih mudah, tak perlu buka laptop atau mana-mana peranti seperti smartphone untuk buka Astro Go. Sebab di Ultra Box pun dah ada Astro Go.

BACA : Info & Sinopsis Penuh Projek High Council

Pada awalnya aku nak tengok siri terbaru ini ada beberapa sebab iaitu sebab ianya Astro Originals, sebab Nadhir Nasar dan ada baca-baca review awal daripada mereka yang pergi tayangan perdana bagi tahu episod satu pun dah tip top. Jadi aku tengok la juga

Sinopsis Projek High Council Episod 1

Untuk episod pertama, kisah bermula apabila Fakhri yang telah ditukarkan dan diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Disinilah dia bermula dengan tingkatan 4 dan mendaftar sebagai pelajar baru. Kemudian dia diperkenalkan dengan rakan dorm, rakan kalas dan paling penting tentang apa itu High Council yang diterajui oleh senior tingkatan 5.

Kemudian berlakulah adegan lawan yang sebenarnya adalah 'pembentangan manifesto' untuk mencari ahli baru High Council dan akhirnya seorang pengawas iaitu Naim telah menang perlawanan tersebut dan dilantik sebagai ahli.

Tetapi satu kejadian yang tidak diingin berlaku apabila telefon Fakhri dirampas oleh 'kapla' High Council. Maka disinilah tercetus klimaks terpenting untuk episod pertama ini dan akhirnya sambung untuk episod seterusnya.

Review Projek High Council Di Astro

Review Projek High Council Episod 1

Aku boleh cakap aku terkagum-kagum hanya dengan menonton episod 1 ni sahaja. Disebabkan itu juga, aku tertunggu-tunggu nak tengok episod seterusnya selepas ini atas banyak sebab dan pastinya aku nak tahu apakan jadi seterusnya antara Fakhri dan Kahar seperti diakhir babak.

Drama siri ni merupakan antalogi daripada siri 'projek' sebelum ini iaitu Anchor SPM dan ianya tiada kaitan pun. Kata Astro la. Jadi lepas-lepas ni akan ada banyak lagi drama siri 'projek' yang akan muncul selepas High Council ni.

Antara paling best adalah cinematografi atau warna dan vibe yang digunakan dalam drama ni iaitu nampak klasik sikit sebab ianya berlaku pada tahun 2007 kalau tak silap. Jadi kat sini kita boleh tengok bangunan dengan design lama, telefon pun lama dan bukan smartphone. Ada juga kelihatan poster klasik Spring, format video masih 3GP dan paling menarik masih guna forum jiwang.org beb. Memang legend la siapa yang sempat dulu terutamanya bukan 90-an.

Secara jujur aku bukan budak asrama dan tak tahu sangat terma buli ini yang mana digunakan seperti 'njet steng' iaitu duduk separuh dan juga 'jibam' iaitu buat laporan kepada cikgu. Rasanya budak-budak asrama memang tahu la kan benda-benda macam ni.

Jalan cerita untuk permulaan on-point, lakonan terutamanya untuk 3 watak iaitu Naim, Fakhri dan Kahar sampai dan bersahaja. Memang mantap la ketiga-tiga pelakon ni. Aksi lawan pun boleh tahan juga dari Naim.

Review Projek High Council Di Astro

Tapi betullah paling best bila babak hujung bila akhirnya Fakhri sahut cabaran Kahar untuk fight dan setel selepas dia dah hancurkan telefon di depan mata Fakhri sendiri.

Aku rasa akan ada lagi banyak cerita-cerita menarik ni nanti. Sebab watak Mia tak cerita lagi dan paling penting cerita pasal ayah kepada Naim iaitu Harun Bin Jasni yang merupakan 'kapla' terawal High Council dan dalam masa yang sama ketua pengawas. Jadi dia berjaya seimbangkan benda yang baik dan buruk tersebut. Naim ni nak buat macam tu juga la. Tapi tengok sekarang Fakhri adik dia pula yang pernah membuli sebelum ni sekolah yang sama.

Untuk episod pertama Projek High Council ini aku boleh bagi rating 4.9/5 bintang. Tak penuh sebab aku terpaksa tunggu untuk episod 2 pula nanti. Seminggu lagi la tu. Korang kena tengok drama siri ni.

Tak sabar nak tengok episod-episod seterusnya...

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post