Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Untuk Separuh Akhir Kedua Thailand VS Malaysia

Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Untuk Separuh Akhir Kedua Thailand VS Malaysia

Tidak cukup dengan 14 lokasi ketika perlawanan pertama, KBS hari ini mengumumkan penambahan sehingga 25 skrin besar bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Thailand vs Malaysia pada 10 Januari 2023 ini.

Perlawanan ini merupakan perlawanan timbal balik kedua bagi pusingan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dimana perlawanan pertama dimenangi oleh Malaysia dengan jaringan 1-0 ketika bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Untuk perlawanan kedua, giliran Thailand untuk menjadi tuan rumah yang ianya akan berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok dan kali ini dihadapan penyokong tuan rumah pula. Adakah Malaysia akan berjaya ke final nanti?

Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Bagi Menyaksikan Perlawanan Thailand VS Malaysia Di Piala AFF 2022

Jadi nak tahu pasukan manakah yang akan bertemu Vietnam di final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022? Persoalan tersebut akan terjawab malam ini. Adakah pasukan Harimau Malaya dibawah kepimpinan Kim Pan Gon mampu?

Datang beramai-ramai dimana-mana lokasi skrin besar ini yang kini ditambah kepada 25 tempat bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Sepak mula akan berlangsung tepat jam 8.30 malam ini. Seperti biasa, jangan risau, bukan tayangan RTM, tapi menerusi Astro Arena. Jadi tiadak delay 15 minit.

JOHOR

  • Dataran Bandaraya, Johor Bahru

KEDAH

  • Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar

KELANTAN

  • MYDIN Tunjong Kota, Bharu

KUALA LUMPUR

  • Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

LABUAN

  • Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

MELAKA

  • Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pulau Melaka

NEGERI SEMBILAN

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

PAHANG

  • Dataran Teluk Cempedak, Kuantan
  • Taman Kerang, Kuantan
  • Pasar Dinda, Kuantan
  • Serambi Teruntum, Kuantan

PERAK

  • Dataran KTM, Ipoh

PERLIS

  • Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar

PULAU PINANG

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban

PUTRAJAYA

  • Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3

SELANGOR

  • Laman MBPJ, Petaling Jaya
  • Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  • Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah
  • Dataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang
  • Dataran Sungai Tua, Batu Caves
  • Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya

SABAH

  • Padang Merdeka, Kota Kinabalu

SARAWAK

  • MYDIN Petrajaya, Kuching
  • Container City, Wireless Walk, Miri

TERENGGANU

  • Parking Premium UTC Kuala Terengganu

Senarai 25 Lokasi Skrin Besar Untuk Separuh Akhir Kedua Thailand VS Malaysia

gambar : selangorkini, KBS

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post