Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton BWF Malaysia Open 2023

Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton BWF Malaysia Open 2023

Kejohanan pertama dalam kalendar BWF World Tour tahun 2023 bermula di Malaysia menerusi kejohanan Petronas Malaysia Open 2023 yang berlangsung dari 10 hingga 15 Januari 2023 bertempat di Axiata Arena Kuala Lumpur.

Untuk edisi kali ini lebih menarik daripada edisi-edisi sebelumnya apabila kejohanan ini telah dinaik taraf daripada Super 750 kepada Super 1000 yang mereka kelas tertinggi dalam dalam kejohanan super series.

Ini pastinya akan menarik minat lebih kepada pemain-pemain badminton handalan dunia. Kita akan dapat lihat senarai top 10 yang akan sertai kejohanan ini seperti Victor Axelsen, Takuro Hoki / Yugo Kobayashi, Nami Matsuyama / Chiharu Shida dan ramai lagi.

Tidak lupa juga dengan wakil negara yang turut serta layak bagi menyertai kejohanan ini atas kedudukan yang lebih tinggi termasuklah pemain no.2 dunia merangkap pemain no. 1 negara, Lee Zii Jia dan juara dunia pertama Malaysia iaitu gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik

Senarai Pemain Malaysia Dalam BWF Malaysia Open 2023

Nampaknya kali ini kita mempunyai wakil bagi setiap kategori. Goh Jin Wei berjaya mendapat slot bagi Perseorangan Wanita apabila pemain USA, Iris Wang menarik diri. Selain itu, Liew Daren juga berjaya melayakkan diri berikutan penarikan diri Kento Momota pada saat akhir.

Jadi jom kita tengok senarai penuh pemain Malaysia dalam setiap kategori yang telah melayakkan diri ke kejohanan Petronas Malaysia Open 2023. Mereka adalah antara pemain dibawah naungan BAM dan juga pemain profesional negara.

PERSEORANGAN LELAKI

  • Lee Zii Jia [2]
  • Ng Tze Yong
  • Liew Daren

PERSEORANGAN WANITA

  • Goh Jin Wei

BEREGU LELAKI

  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik [4]
  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi [8]
  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
  • Man Wei Chong/Kai Wun Tee

BEREGU WANITA

  • Tan Pearly/Thinaah Muralitharan [8]
  • Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
  • Go Pei Kee/Teoh Mei Xing

BEREGU CAMPURAN

  • Goh Soo Huat/Lai Shevon Jemie
  • Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing
  • Chan Peng Soon/Goh Liu Ying
  • Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
  • Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing

Seramai 15 wakil untuk semua kategori yang layak untuk edisi kali ini. 3 wakil daripada perseorangan lelaki, 1 wakil perseorangan wanita, 4 wakil wakil beregu lelaki, 2 wakil beregu wanita dan 5 wakil daripada beregu campuran.

Untuk info lanjut bagi kejohanan Malaysia Open 2023, anda boleh layari laman web rasmi BWF di www.bwfworldtour.bwfbadminton.com/petronas-malaysia-open-2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post