Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Kini perjalanan sudah hampir sampai ke penghujung apabila pusingan Separuh Akhir bagi kejohananan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan berlangsung 6,7 dan 9,10 Januari 2023 selepas berakhirnya peringkat kumpulan sebelum ini.

BACA : Jadual Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Pusingan ini bakal mempertemukan 4 pasukan terkuat yang telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua atau juara dan naib juara bagi setiap kumpulan. Thailand muncul juara kumpulan A diikuti dengan Indonesia sebagai naib juara yang masing-masing mengumpul 10 mata.

Manakala pasukan Harimau Malaya berjaya menjinakkan sang Singa di Stadium Bukit Jalil apabila Malaysia membelasah Singapura dengan jaringan 4 gol berbalas 1 sekaligus bergema sorakan penonton yang berada di stadium.

Kesemua pasukan telah mengharungi 4 perlawanan secara round-robin. Pasukan yang mengutip mata tertinggi sahaja yang berjaya ke peringkat seterusnya. Manakala yang tewas akan pulang ke negara masing-masing.

Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Di peringkat kalah mati ini, perlawanan akan diadakan secara timbal balik dengan aggregate iaitu 2 perlawanan. Pasukan yang mengumpul jumlah gol yang paling tinggi akan berjaya mara ke final Piala AFF 2022-2023.

Untuk pusingan Separuh Akhir, keempat-kempat perlawanan akan ditayangkan secara langsung (live) di Astro Arena 801 dan 802 serta Astro Go. Manakala di saluran RTM TV2, TV Okey dan Sukan RTM akan ditayangkan lewat 15 minit daripada waktu perlawanan sebenarnya. Selain itu, boleh juga strim di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.

BACA : Jadual Perlawanan Final Piala Mitsubishi Electric 2022

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi peringkat kalah mati di pusingan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

6 Januari 2023 (Jumaat) - 1st Leg

FT : Indonesia (0) - (0) Vietnam

Masa : 5.30 Malam
Tempat : Stadium Gelora Bung Karno, Thailand
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

7 Januari 2023 (Sabtu) - 1st Leg

FT : Malaysia (1) - (0) Thailand

  • Faisal Halim 11'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

9 Januari 2023 (Isnin) - 2nd Leg

FT : Vietnam (2) - (0) Indonesia (Agg: 2-0)

  • Nguyen Tien Linh 3' 47'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Vietnam mara ke final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

10 Januari 2023 (Selasa) - 2nd Leg

FT : Thailand (3) - (0) Malaysia (Agg: 3-1)

  • Teerasil Dangda 19'
  • Bordin Phala 55'
  • Adisak Kraisorn 71'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Thammasat, Thailand
Tayangan : Astro Arena 2 (802), TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Thailand mara ke final. Malaysia akur tersingkir di pusingan separuh akhir

Semi Final AFF Mitsubishi Electric Cup 2022


2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post