Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu Di TV9

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu Di TV9

Saksikan telefilem Anak Ibu Buangan Ibu yang akan menemui penonton pada 9 Januari 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Art Ornament Sdn. Bhd., dengan arahan serta penulis skrip daripada Ellie Suriaty Binti Omar sendiri.

Sinopsis Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Aida Aris, Azry Iskandar, Johan As'ari, Nor Muhammad Aidin Rayyan, Adrianna Kasmia, Lidyawatie dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Putri Aishah
  • Aida Aris sebagai Hanim
  • Azry Iskandar sebagai Rahman
  • Johan As'ari sebagai Shah
  • Lidyawatie sebagai Khadijah

Tonton telefilem Anak Ibu Buangan Ibu online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang perkahwinan Hanim dan Roslan memasuki 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka sepakat untuk mengambil anak angkat iaiut Putri Aishah.

Putri dijaga dan dimanjakan dengan penuh kasih sayang. Sikap Putri berubah apabila berumur 17 tahun. Putri selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan lelaki. Putri juga berani mengeluarkan perkataan-perkataan kasar terhadap Hanim.

Putri mendesak Hanim untuk membenarkannya kahwin denagan Shah. Hanim terpaksa akur dan hanya Tuhan sahaja yang mengerti betapa sayunya hati Hanim apabila anak yang dijaga sejak lahir membuangnya dengan mudah.

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu Di TV9

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post