Telefilem Angin Cinta Di Awesome TV

Telefilem Angin Cinta Di Awesome TV

Saksikan telefilem Angin Cinta yang akan menemui penonton semula pada 10 Januari 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Awesome Movie di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem yang tayangan asalnya adalah pada tahun 2016 ini telah diterbitkan oleh syarikat produksi Mermaid Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dengan penulisan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Sinopsis Telefilem Angin Cinta

Telefilem romantik komedi Angin Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Ummi Nazeera, Sahronizam Noor, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai KK
  • Ummi Nazeera sebagai Irika
  • Sahronizam Noor sebagai Bapa Irika
  • Zarina Zainuddin sebagai Ibu Irika

Boleh tonton telefilem Angin Cinta disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang KK yang menjumpai cinta hatinya iaitu Irika. Disebabkan telah jatuh hati kepadanya, KK sanggup buat apa sahaja supaya perhubungan mereka akan sampai ke jinjang pelamin pada akhirnya.

Akhirnya selepas mengharungi pelbagai dugaan demi mengajar cinta, KK dapat menambat hati Irika dan bersetuju untuk bernikah. Walaubagaimanapun, ujian sebenar baru bermula apabila Irika sebenarnya berhajat untuk bernikah didepan ayahnya yang telah lama menghilangkan diri ke Pulau Tuba.

Sepertinya ujian mencuri hati Irika tidak terhenti disitu sahaja dan kini KK perlu meyakinkan bapa Irika pula untuk menerima anaknya dan juga KK sebagai menantu. Jadi disinilah bermula pelbagai kerenah dan dugaan yang ditempuhi oleh KK.

Adakah akhirnya KK berjaya menambat hati bakal ayah mentuanya itu dan menerimanya sebagai menantu?

Telefilem Angin Cinta Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post