Telefilem Cenduai Di Awesome TV

Telefilem Cenduai Di Awesome TV

Jangan lupa saksikan telefilem Cenduai yang akan menemui penonton pada 15 Januari 2023, hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV platform saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem seram ini terbitan syarikat produksi Million Works Media Sdn. Bhd. ini merupakan idea asal daripada tuan pengarah sendiri iaitu Dato' Jurey Latiff Rosli dengan nukilan skrip daripada Noy Ibrahim.

Sinopsis Telefilem Cenduai

Telefilem Cenduai menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifly, Wafariena, Jaja Iliyes, Fathil Dani, Nur Afizah, Aizad Rosli dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Chalit/Raimi
  • Wafariena sebagai Inspektor Lia
  • Jaja Iliyes sebagai Inang
  • Fathil Dani sebagai Wak Kandar
  • Nur Afizah sebagai Mak Esah
  • Aizad Rosli sebagai Uda

Tonton telefilem Cenduai online - DISINI | DISINI

Ianya berkisarkan tentang halit yang dilahirkan dengan fizikal serta wajah cacat. Kecacatan yang dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. Bidan Esah yang menyambut kelahiran Chalit juga telah diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut.

Kelahiran Chalit juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga ibu bapanya. Malah, Chalit juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya Chalit dilahirkan bersama Qarin jahat namun telah diselamatkan oleh ibunya. Bapanya kemudian menghilangkan diri.

Chalit dikurung di ruang sempit bawah rumah sepanjang tumbesaran sehingga umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungan.

Setelah meningkat dewasa, Chalit telah diserahkan kepada Wak Kandar untuk dipelihara. Sejak itu, Chalit juga mula membantu Wak Kandar menggali kubur.

Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti.

Semenjak menggunakan minyak tersebut, wajah Chalit bertukar menjadi kacak dan kini lebih dikenali sebagai Raimi. Demi mengekalkan ketampanan wajahnya, Raimi menjadi obses dalam memburu gadis sunti untuk mendapatkan minyak dagu.

Telefilem Cenduai Di Awesome TV

Telefilem Cenduai Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post