Telefilem Kung Fu Kaw Di TV3

Telefilem Kung Fu Kaw Di TV3

Sempena Tahun Baru Cina, dibawakan sekali lagi telefilem Kung Fu Kaw yang akan menemui penonton pada 21 Januari 2023, hari Sabtu pada jam 10.30 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., idea asal daripada Ti Arnezz, diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Kung Fu Kaw

Telefilem Kung Fu Kaw menampilkan barisan pelakon seperti Elvina Mohamad, Wong Sip Nen, Syafie Naswip, Syazwan Zulkefly, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

  • Elvina Mohamad sebagai Saleha
  • Wong Sip Nen sebagai Uncle Lee
  • Syazwan Zulkefly sebagai Bakar
  • Jaja Iliyes sebagai Fifi

Tonton filem Kung Fu Kaw online - disini | disini

Ianya mengisahkan tentang Saleha yang menjadi mangsa jenayah bertekad untuk menguasai ilmu kungfu akibat mengalami trauma yang menimpa dirinya.

Disebabkan itu, dia mendekati Pakcik Lee untuk mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut, namun Uncle Lee enggan mengajarnya kepada Saleha.

Walaupunbegitu, Saleha tidak berputus asa dan terus mencuba dan merayu kepada Uncle Lee mengajarnya. Ketika Saleha hampir putus asa, barulah Uncle Lee bersetuju mengajarnya. Sejak dari itulah, Saleha tekun belajar ilmu asas kung fu.

Saleha mula syak yang Bakar adalah orang yan cuba merogolnya suatu ketika dahulu. Kemudian dia cuba untuk memberanikan diri mencari bukti dan menuntut keadilan. Adakah ianya benar atau ada yang lain?

Telefilem Kung Fu Kaw Di TV3

Telefilem Kung Fu Kaw Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post