Telefilem Mache Fusion Di Awesome TV

Telefilem Mache Fusion Di Awesome TV

Saksikan telefilem Mache Fusion yang akan menemui penonton pada 26 Februari 2023, bersiaran pada hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem dengan tayangan asal pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya @Paliyahya dengan penulisan skrip daripada Adza Adzmi.

Sinopsis Telefilem Mache Fusion

Telefilem Mache Fusion menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Kuna, Bell Ngasri, Naim Shamshol, Isaac, Izuan Razali dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Mahmood
  • Zara Zya sebagai Fatima
  • Dynas Mokhtar sebagai Kak June
  • Kuna sebagai Makl Leha
  • Bell Ngasri sebagai Chef Menoiq
  • Naim Shamshol sebagai Naim
  • Isaac sebagai Chong

Tonton telefilem Mache Fusion - DISINI | DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang Mahmud yang memang meminati bidang masakan sejak kecil lagi dan bercita-cita untuk menjadi seorang Chef yang berjaya suatu hari nanti.

Minatnya timbul apabila sering membantu ibunya di dapur dan dia juga membesar dengan masakan-masakan tradisional negeri kelahirannya.

Namun semenjak Mahmud merasai masakan fusion yang dimasak oleh Fatima dan Kak June iaitu persaing ibunya, hatinya mula berubah dan merancang untuk membuka sebuah gerai masakan tradisional & fusion di kampungnya.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Mahmood untuk mencapat cita-citanya tersebut.

Telefilem Mache Fusion Di Awesome TV

Telefilem Mache Fusion Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post