Telefilem Silang Di TV3

Telefilem Silang Di TV3

Saksikan telefilem Silang yang akan menemui penonton semula pada 28 Januari 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.30 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya aka Jinggo dengan nukilan skrip daripada PGRs Team.

Sinopsis Telefilem Silang

Telefilem Silang menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Wanna Ali dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Amir
  • Emma Meambong sebagai Dura

Ianya mengisahkan tentang Amir yang mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil dan telah disahkan mempunyai masalah disleksia. Dia lebih berminat dalam bidang seni dan lukisan sehinggalah berjaya bekerja sebagai pereka grafik.

Amir hidup bahagia bersama Dura selepas memasuki alam perkahwinan. Walaupun begitu, Dura mula menyedari yang Amir mempunyai masalah disleksia kerana kerap dia kali gagal dalam ujian kelas memandu.

Lantas dengan kejadian itu, Dura mula membantu Amir menghadapi masalah tersebut walaupun dia begitu kecewa kerana Amir tidak mahu berterus terang keadaan sebenar kepadanya sehingga memberi kesan kepada rumah tangga mereka.

Telefilem Silang Di TV3

Telefilem Silang Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post