Tonton Secara PERCUMA 10 Saluran Astro Dari 15 - 31 Januari 2023

Tonton Secara PERCUMA 10 Saluran Astro Dari 15 - 31 Januari 2023

Tiap kali adanya Anugerah Putra Brand, pastinya pelanggan setia Astro khususnya tertunggu-tunggu apakah yang akan ditawarkan oleh pihaknya selepas kemenangan diumumkan dalam awards tersebut.

Untuk edisi 2022 kali ini, Astro sekali lagi membawa pulang kemenangan dan dengan itu sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, Astro bawakan 10 saluran terpilih untuk tontonan secara percuma dari 15 hingga 31 Januari 2023 di tv dan Astro Go.

Daripada 10 saluran tersebut, 6 adalah saluran sedia ada, manakala 4 adalah saluran baru yang diperkenalkan oleh Astro untuk tontonan awal.

Saluran tersebut termasuk tvN HD (CH395): Rancangan hit Korea seperti Missing: The Other Side S2 dan Birdie Boys, BOO HD (CH404): Cerita seram Asia seperti Pusaka Sangkar Ana, Perempuan Tanah Jahanam dan M4M4, SHOWCASE MOVIES (CH413): Filem-filem kegemaran seperti Mission: Impossible-Fallout, The Bourne Legacy dan Baywatch, CNN HD (CH511) dan BBC World News HD (CH512): Berita terkini dari seluruh dunia.

Manakala untuk 4 saluran yang diperkenalkan itu ialah CBeebie (CH620), dimana menawarkan pelbagai pilihan kandungan pra sekolah seperti Bluey S2, Hey Duggee S4, Thomas & Friends, JoJo & Gran Gran S2, DreamWorks (CH622), rangkaian kanak-kanak dan keluarga 24-jam yang membawa wira filem tercinta dalam rancangan mereka sendiri seperti The Boss Baby: Back in Bussiness, The Adventures of Puss in Boots, Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Goes On, Dragons: Races to The Edge dan banyak lagi.

Selain itu ada juga Love Nature (CH558) dan Love Nature 4K (CH549) yang menampilkan kisah-kisah yang menakjubkan tentang keajaiban alam termasuk Africa's Hidden Kingdoms, Shark Squad, Strange Creatures dan New Kids In The Wild. Love Nature 4K tersedia untuk semua pelanggan Asto menerusi Ultra box.

Ada juga, Global Trekker (CH559), saluran hiburan fakta dengan pelbagai genre yang meliputi budaya, makanan, pengembaraan, dan inovasi terbaru dalam teknologi serta biografi popular masa kini termasuk Tech Billionares: Elon Musk, David Beckham: Infamous, Adele: A New Chapter dan  Queen Elizabeth: A Lifetime Of Service.

Dalam masa yang sama juga, Astro ada memperkenalkan saluran pop-up sempena Tahun Baru Cina iaitu Too FUN (CH100) yang memulakan tayangan dari 14 Januari hingga 12 Februari 2023.

Dalam saluran tersebut, anda boleh saksikan pelbagai kandungan hiburan, drama dan filem seperti Ah Boys To Men, Keep Running, Beijing with Love, EXO's Travel the World on a Ladder dan banyak lagi.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post