4 Drama Siri Astro Original Terbaik Wajib Anda Tonton

4 Drama Siri Astro Original Terbaik Wajib Anda Tonton

Sekarang tengah hype dan heboh pasal drama Projek High Council yang merupakan keluaran Astro Original. Kalau buka laman sosial, drama melayu tempatan yang banyak dibicarakan adalah drama tersebut.

Ianya sebuah siri 10 episod arahan Anwari Ashraf dan Ika Zakaria yang mengisahkan tentang sebuah tradisi sekolah yang tidak dipaparkan dihadapan guru yang juga dikenali sebagai High Council dimana diketuai oleh seorang senior digelak 'Kapla'

Jadi sepanjang drama ini, banyak rahsia yang berjaya dirungkai oleh antara watak utama Fakhri dan Naim bagi menghentikan segalanya yang kini diketuai oleh Kahar. Aksi drama, falsafah, sedih, konflik dan macam-macam lagi. Semua ada dihidangkan dalam drama ini.

Astro Original Projek High Council Astro Original Terbaik

Tetapi sebenarnya High Council ada 3 lagi drama Astro Original yang tergempak anda wajib tonton iaitu One Cent Thieve, Projek Anchor SPM dan iTanggang.

iTanggang yang mengisahkan tentang seorang ibu mempergunakan anaknya yang normal tubuh badan tetapi dipaksa berlakon sakit bagi mendapatkan pelbagai bantuan demi menyara kehidupannya seharian. Akhirnya terbongkar segala rahsia.

Mungkin ramai yang bagi tahu drama siri yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini tiru siri Gypse Rose. Bagi aku drama tempatan kalau nak tiru pun takda masalah, selagi tidak fokus kepada percintaan. Dah muak lah. Drama ni ada 12 episod.

Astro Original iTanggang Astro Original Terbaik

Kemudian, anda kena tonton antologi siri 'Projek' iaitu Anchor SPM yang ditayangkan pada tahun 2021. Bagi sesiapa yang tak tahu, High Council dan Anchor SPM adalah dalam universe yang sama tetapi sekoleh berlainan. High Council dengan KUDRAT dan Anchor SPM dengan STIA. Drama ni ada 8 episod.

Kalau anda tonton High Council, Mia ada bagi tahu dia merupakan pelajar STIA tetapi batch 2 tahun selepas kes kantoi SPM tersebut. Ye la, secara keseluruhan cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan 5 calon SPM yang mengadakan pakatan untuk meniru dalam SPM. Macam-macam trik dieorang lakukan untuk sampaikan jawapan kepada semua pelajar ketika jawab peperiksaan.

Astro Original Projek Anchor SPM Terbaik

Personally, drama siri Astro Original terbaik setakat ini selepas High Council adalah One Cent Thief yang ditayangkan pada tahun 2022 dengan 8 episod kesemuanya. Mengisahkan bagaimana seorang pekerja bank biasa tiba-tiba menjadi kaya raya disebabakn dia mencuri duit bank hanya 1 sen sahaja bagi setiap akaun.

Kelakuannya tidak disedari oleh sesiapapun sehinggalah pada saat akhir, kawan baiknya sendiri yang juga pegawai siber yang mengesan kelakuan mencurinya tersebut. Selain daripada babak hacking, terdapat juga konflik sepanjang drama berlangsung.

Astro Original Projek One Cent Thieve Terbaik

Jadi kalau anda nak tahu keseluruhan cerita untuk keempat-empat drama ini, anda boleh saksikan di Astro secara On Demand atau Astro Go. Setakat ini, hanya Projek Anchor SPM yang disediakan di platform Sooka. Jadi kalau nak tengok drama-drama ini secara halal kena la langgan Astro buat masa ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post