Ada 2 Tambahan Baru Saluran Astro Untuk Liga Malaysia 2023

Nampaknya Ada 2 Tambahan Saluran Astro Untuk Liga Super 2023

Ramai yang mengeluh katanya kalau Astro dapat hak penyiaran untuk Liga Malaysia lepas ni, dah tak boleh tengok semua perlawanan macam Unifi buat sebelum ini dimana menayangkan semua game Liga Super baik di tv mahupun di youtube.

Manakan tidak, jika dilihat sekarang hanya terdapat 2 sahaja saluran yang ada untuk tayangan kandungan sukan dan bola sepak tempatan iaitu di Astro Arena 801 dan juga Astro Arena 2 di channel 802.

Kalau musim-musim sebelum ini hanya ada 12 sahaja pasukan dan kini sudah menjadi 14 pasukan kesemuanya yang mana pastinya akan berlangsung banyak perlawanan dalam masa sehari dan mungkin akan ada perlawanan yang bermula serentak.

Kalau 2 perlawanan berlangsung serentak takpa lagi, masih boleh lagi ditayangkan, tetapi macam mana kalau ada 3-4 perlawanan. Jadi Astro nak tayangkan games tersebut macam mana?

Ternyata keresahan orang ramai itu terhenti disini sahaja bila aku ada nampak kemaskini terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Astro menerusi 'Pek Sukan'.

Nampaknya Ada 2 Tambahan Saluran Astro Untuk Liga Super 2023

Peminat bola sepak di seluruh negara kini boleh nikmati segala aksi bola sepak tempatan yang terunggul di Astro. Kesemua perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia akan disiarkan secara langsung dalam HD.

Ianya adalah termasuk rancangan previu dan sorotan serta pelbagai lagi program sokongan tambahan. Ulasan eksklusif oleh pengulas pakar untuk memberikan pembentangan terunggul perlawanan Liga Malaysia.

Astro Bawakan 2 Saluran Khas HD Terbaru Untuk Liga Malaysia

Astro bakal bawakan 2 saluran HD terbaru khusus untuk Liga Malaysia iaitu Astro Arena Bola (Saluran 803) dan Astro Arena Bola 2 (Saluran 804) yang akan akan bermula dari 23 Februari untuk penyiaran perlawanan secara langsung dan ulangan.

Jadi lepas ni, SEMUA perlawanan Liga Malaysia 2023 akan disiarkan secara langsung. Kini semua dah jadi 4 saluran (Astro Arena, Astro Arena 2, Astro Arena Bola, Astro Arena Bola 2). Takkan tak cukup lagi kan.

Jadi untuk waktu terhad, mana yang tiada Astro, boleh langgan 'untuk 'Pek Sukan' dengan harga RM81.99 sebulan untuk 18 bulan. Manakala untuk pelanggan sedia ada yang telah melanggan 'Pek Sukan' akan disertakan sekali dalam langganan dengan tiada kos tambahan.

Kalau pelanggan ASTRO, tapi belum ada 'Sports Pack', boleh la naik taraf sekarang. Info lanjut pergi ke laman web rasmi Astro di https://astro.com.my/ligakita

Manakala untuk pengguna NJOI, boleh membeli Sports Mega Pack RM70.00 untuk 30 hari untuk semua channel sukan termasuk 2 saluran tambahan tersebut.

ATAU boleh beli Pek Liga Malaysia hanya RM29.00 untuk 30 hari dan dapat 3 saluran, Astro Arena 2 (CH802) & Arena Bola (CH803 & CH804) khas untuk perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia. Info lanjut, klik sini.

Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada Sooka. Mungkin juga akan ada tayangan secara pay per view atau mungkin tiada.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post