Cara Menonton iQIYI Melalui Smart TV (Login Dan Tonton)

Cara Menonton iQIYI Melalui Smart TV

Mungkin sebelum ini anda biasa tonton anime, drama melayu atau filem-filem iQIYI di skrin kecil seperti di smartphone atau laptop sahaja. Sebenarnya anda boleh juga tonton kandungan iQIYI di skrin lebih besar iaitu di TV.

iQIYI juga antara platform penstriman seperti Netflix, Viu dan Disney+ Hotstar. Tetapi kandungannya lebih mengfokuskan kepada drama dan filem daripada Hong Kong dan China.

Tetapi ianya juga antara platform yang menyediakan drama-drama melayu sama seperti di TV3 termasuk juga iQIYI Originals. Anime pun banyak disini.

BACA : Langgan Akaun iQIYI VIP Dengan Harga Murah

Jadi jika anda ada Smart TV ataupun Android Box yang disambungkan dengan TV, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah cara dan bagaimana untuk tonton iQIYI di TV.

iQIYI sedikit berbeza dengan Netflix yang mana anda boleh Login menggunakan emel dan password seperti biasa di TV. Tidak bagi iQIYI kerana ada langkah lain untuk anda sambungkan akaun anda di smartphone dan di TV.

Cara Tonton iQIYI Di TV

Sekiranya anda pengguna biasa iQIYI dan tidak langgan apa-apa pakej VIP, anda masih boleh terus menonton di TV tanpa perlu sambungkan akaun tetapi hanya untuk kandungan yang percuma sahaja.

Tetapi sekiranya anda pengguna VIP dan ingin menonton kandungan premium, anda terlebih dahulu perlu sambungkan akaun iQIYI anda di TV dengan langkah mudah dibawah:

1.  Login akaun VIP anda terlebih dahulu di aplikasi iQIYI di smartphone

2.  Jika sudah, pergi kebahagian Tab 'Me' kemudian klik pada scanner pada bahagian atas (sebelah butang loceng)

Cara Menonton iQIYI Melalui Smart TV

3.  Kemudian bukan aplikasi iQIYI anda di Smart TV dan cuba login. Akan dipaparkan Kod QR untuk anda imbas menggunakan aplikasi di smartphone anda tersebut. Imbas sekarang

Cara Menonton iQIYI Melalui Smart TV

4.  Akhir sekali klik Authorize Login. Now akaun VIP anda sudah tersedia di Smart TV sama seperti di smartphone anda.

Boleh terus layan kandungan VIP anda tanpa gangguan iklan di Smart TV.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post