Cuba Menu Rahmah Burger King - Cheesy Beef Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Cuba Menu Rahmah Burger King - Cheesy Beef Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Sehari selepas kerajaan mengumumkan dimana Burger King pun ada menyediakan 'Menu Rahmah' secara rasmi, aku pun nak try la menu tersebut adakah betul dengan harga RM5.00 anda boleh dapatkan sebiji burger.

Burger King ada menyediakan 2 menu untuk Menu Rahmah iaitu Chick 'N Crisp dan juga Cheesy Beef. Kedua-dua ini adalah berharga RM5.00 serta diberikan bersama air mineral Dasani. Boleh beli pergi ke mana-mana cawangan Burger King untuk dapatakan Menu Rahmah ni. Jangan lupa untuk claim baucer dulu disini.

Menu Rahmah Burger King (Combo):

  • Chick 'N Crisp + Air Mineral = RM5.00
  • Cheesy Beef + Air Minetal = RM5.00

Jadi daripada 2 menu tersebut, aku sempat cuba Cheese Beef sahaja dan betul harganya adalah RM5.00 sahaja termasuk cukai. Anda akan dapat burger dan air mineral sebotol.

Review Menu Rahmah Cheese Beef Burger King RM5.00

Untuk aku bukanlah peminat BK untuk beli dan rasa burger-burger yang dijual. Tapi setahu aku, kebiasaanya dengan ala carte, anda boleh dapat seketul cheese burger dengan harga RM7.90. Tapi ada penambahan salad lain la.

Dengan harga RM5.00 anda dapat sebuah burger bersama bun roti, daging burger beserta sekeping cheese dan sedikit hirisan bawang. Itu sahaja. Untuk saiz sepertinya standard seperti burger lain juga. Disebabkan ada sekeping daging sahaja, takda la terlalu tebal.

Cuba Menu Rahmah Burger King - Cheesy Beef Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Bagi aku untuk rasa pun biasa sahaja macam anda makan burger cheese dimana-mana kedai tanpa ada penambahan lain tapi masih sedap. Selain itu, bagi aku tak kenyang dan tak puas pun makan. Sebenarnya dengan harga RM5.00 tu anda boleh dapatkan burger cheese lebih baik di kedai burger tepi jalan.

Tapi kerana yang jual itu adalah 'Burger King' dan jangan anda expect harga dan kualiti adalah sama. Kalau sekadar anda nak rasa atau lepak Burger King, boleh la beli. Boleh jimat duit kan. Itulah tujuan asal 'Menu Rahmah' untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Nak kenyang, better anda pergi ke menu rahmah yang menyediakan hidangan nasi. Lebih kenyang dan berbaloi.

2/Post a Comment/Comments

  1. nice jugakla kot teringin makan burger kt kedai kan... buat masa ni akak belum try mana2 lagi menu rahmah

    ReplyDelete
  2. Sekarang beli lauk pon terkejut tiba2 harga murah je... agak2nya sebab menu Rahmah ni la

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post