Cara Dapatkan Lesen Memandu Dan Roadtax Kereta Di Aplikasi MyJPJ

Cara Dapatkan Lesen Memandu Dan Roadtax Kereta Di Aplikasi MyJPJ

Sebelum ini Antony Loke ada mengumumkan pelekat roadtax di kereta tidak lagi wajib untuk dilekatkan. Orang ramai boleh sediakan secara digital sahaja kalau diminta oleh pihak penguasa iaitu menerusi aplikasi MyJPJ atau portal awam JPJ.

Jadi sejak daripada pengumuman itulah, orang ramai sepertinya berpusu-pusu untuk daftar dan semak roadtax digital yang dikatakan kini tersedia secara online tersebut. Selain itu juga ada sekali untuk lesen memandu.

Secara rasminya, mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) aka Roadtax dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendiri secara digital sahaja.

Jadi untuk membolehkan berbuat demikian, anda perlu daftar sama ada di portal awam JPJ (MySikap) di https://public.jpj.gov.my atau menerusi aplikasi MyJPJ yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.

Lepas ni kalau ada roadblock, boleh tunjuk roadtax atau lesen memandu dalam telefon sahaja. Tak perlu nak bawa lesen memandu atau tengok roadtax di cermin kereta.

Cara Daftar Akaun Di Aplikasi MyJPJ

Untuk memudahkan anda, daftar akaun MyJPJ menggunakan aplikasi sahaja. Lebih mudah. Ikuti langkah berikut seperti dibawah:

1.  Selepas download apps MyJPJ, buka dan klik pada 'Daftar Akaun Baharu'

2.  Kemudian masukkan nombor MyKad dan klik 'Hantar'

3.  Lengkap semua butiran yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, emel dan sebagainya

4.  Akhir sekali tetapkan kata laluan atau password. Jika sudah selesai semuanya, klik 'Hantar'

Jika sudah selesai, anda kini boleh mula mengguakan app MyJPJ termasuk dapatkan lesen memandu dan roadtax secara digital

Cara Dapatakan Lesen Memandu & Roadtax Secara Digital

Untuk semak dan dapatkan roadtax dan lesen memandu anda secara digital, ikuti langkah mudah dibawah

1.  Masuk dan login akaun MyJPJ anda menggunakan no. MyKad dan password yang telah anda tetapkan

2.  Pada halaman utama, pergi pada bahagian 'Profile' yang terletak di kanan bawah

3.  Disinilah akan dipaparkan secara digital iaitu Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor yang didaftarkan dibawah nama anda.

Cara Dapatkan Lesen Memandu Dan Roadtax Kereta Di Aplikasi MyJPJ

Walaupun telah diperkenalkan kaedah secara digital ini. Orang ramai masih boleh lekatkan roadtax di kereta seperti biasa jika anda masih belum terbiasa dengan kaedah digital ini.

Jika anda ada persoalan yang masih tidak terjawab, anda boleh rujuk pautan facebook Menteri Pengangkutan disini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post