Drama Dinasari Di TV2

Drama Dinasari Di TV2

Saksikan drama RTM terbaru Dinasari yang akan menemui penonton mulai 20 Februari 2023, bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama bersiri 8 episod ini merupakan idea asal daripada penulis skripnya sendiri iaitu Haswida Abu Bakal, diterbitkan oleh Sixbase Resources Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Hasnul Hadi.

Sinopsis Drama Dinasari

Drama Dinasari menampilkan barisan pelakon seperti Zera Haris, Muaz Fitri, Hanna Aqeela, Azman Jantan, Dilla Ahmad, Syean Mokhtar, Han Budak Cina, Lenny Jemat, Tengku Tieya dan ramai lagi.

Kisahnya bermula dengan Tian iaitu seorang siswi bidang sejarah tetapi tidak yakin dengan kebenaran sebahagian sejarah Mahsuri, mala menganggapnya sebatai mitos.

Pada satu hari Tian hampir terkena panahan petir dan disebabkan itu, dia 'dihantar' mindanya ke tahun 1700-an di Pulau Langkawi sebagai Dinasari, gadis yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam, pemerintah kerajaan Ayuthia, sebagai isteri ke-11.

Jajahan takluk kerajaan Ayuthia sangat luas, sampai ke Kedah dan kerajaan Kedah terpaksa membayar bunga ufti emas setiap tiga tahun, sebagai pelindung.

Ketika terlantar tidak sedarkan diri dihospital, minda di bawah sedar Tian berfikir dan bertindak sebagai Dinasari. Dia harus menyekat Deramang dan Mahsuri daripada menjadi mangsa fitnah Wan Mahora, isteri Dato' Pekema Jaya, wakil Sultan Kedah di Pulau Langkawi atau dia 'tidak dapat kembali' semula ke tahun 2022.

Drama Dinasari Di TV2

Drama Dinasari Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post