Drama Isteri Halal Di Astro Ria

Drama Isteri Halal Di Astro Prima

Saksikan drama terbaru Isteri Halal yang akan menemui penonton mulai 27 Februari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Slot Tiara yang biasanya bersiaran pada pukul 6.00 petang kini bertukar saluran daripada Astro Prima 105 kepada Astro Ria 104 bermula dengan drama ini pada 27 Februari ini.

Drama 60 episod yang diinspirasikan daripada drama popular Filipina, Lega Wife ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd, diarahkan oleh Uchee Fukada dengan nukilan skrip daripada Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib dan Pahzai Al-Khaired.

Sinopsis Drama Isteri Halal

Drama Isteri Halal menampilkan barisan pelakon seperti Isyariana, Aidit Noh, Uqasha Senrose, Nazim Othman, Sharmaine Farouk, Sahronizam Noor, Qazem Nor, Shahidan Izwan, Nazzaty Rusli, Aishah Atan, Isaac Iman, Elly Suhaili dan ramai lagi.

  • Isyariana sebagai Adellia
  • Aidit Noh sebagai Zayn
  • Uqasha Senrose sebagai Eyra
  • Nazim Othman sebagai Daniel
  • Sharmaine Farouk sebagai Suraya
  • Sahronizam Noor sebagai Aziz
  • Qazem Nor sebagai Arif
  • Shahidan Izwan sebagai Aqil

Ianya mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa kerana jejaka itu merupakan seorang yang miskin dan tidak mempunyai sebarang status sosial.

Namun atas dasar cinta, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarga untuk berkahwin dengan Zayn.

Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuang keluarga bersama suaminya.

Bagaimanapun perkahwinan Adellea tidak sebahagia disangka kerana pembohongan yang dilakukan oleh suami dan juga sahabat baiknya, Eyra.

Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.

Drama Isteri Halal Di Astro Prima

Drama Isteri Halal Di Astro Prima

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post