Info Dan Sinopsis Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Saksikan drama siri Astro Original 'Projek Anchor SPM' dengan tayangan asal pada 15 Mac 2021 dimana ketika itu bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Citra 108. Anda kini boleh saksikan secara On Demand dan di Astro Go.

Drama 8 episod ini merupakan terbitan bersama syarikat produksi Alpha47 Films dan Astro Shaw, diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri, Luqman Sheikh Ghazali, Ahmad Al Iqbal, Khor Tai Yieng, Danial Hakim, Amira Nasiruddin dan Nadim Hisham.

Kalau anda tonton drama ini tidak sama langsung dengan filem Thailand, Bad Genius yang dikatakan meniru filem tersebut sebelum ini. Selain daripada meniru dalam SPM, banyak lagi kisah yang ada dalam drama ni.

Sinopsis Drama Siri Projek Anchor SPM

Drama Projek Anchor SPM menampilkan barisan pelakon seperti Daiyan Trisha, Aedy Ahsraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot dan ramai lagi.

  • Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
  • Aedy Ahsraf sebagai Aizat
  • Nadhir Nasar sebagai Hilmi
  • Shasha Abedul sebagai Jaja
  • Chubb-E sebagai Botol
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
  • Tony Eusoff sebagai Zubir

Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Ianya Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij.

Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, ialah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.

Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Antara tajuk 8 episod tersebut ialah :

  1. Selamat Pulang Ke STIA
  2. O Captain, My Captain
  3. Hantu Locker
  4. Ohana 9903
  5. Beban Dunia
  6. Malam Sekapur Sireh
  7. Sijil Pelajaran Malaysia
  8. Sentiasa


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Info Dan Sinopsis Drama Siri Projek Anchor SPM Di Astro Citra"