Drama Serpihan Sayang Di TV3 Dan iQIYI

Drama Serpihan Sayang Di TV3 Dan iQIYI

Saksikan drama terbaru Serpihan Sayang yang akan menemui penonton mulai 22 Februari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama yang bakal menggantikan Bukan Lelaki Terhebat ini juga boleh ditonton secara striming melalui aplikasi iQIYI atau di www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv. Hanya khusus untuk pengguna VIP sahaja dan 48 jam selepas tayangan boleh ditonton secara percuma untuk semua orang.

⏩ Tonton online - disini | disini

Naskah yang bersiaran sebanyak 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan nukilan skrip daripada Amor Rizan sendiri bersama Saiqa Askari.

Sinopsis Drama Serpihan Sayang

Drama Serpihan Sayang menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Auni Zahra, Syed Irfan dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Nadia
  • Shah Jaszle sebagai Syakir
  • Elisya Sandha sebagai Alisya
  • Aeril Zafrel sebagai Imran
  • Zarina Zainoordin sebagai Marina

Ianya mengisahkan tentang tentang Nadia yang menghidap penyakit postpartum psikosis setelah kehilangan anak dalam kandungan akibat kemalangan. Namun, dengan rawatan dan terapi yang rapi, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Kehidupan di rumah Nadia dan suaminya, Syakir, disertai Alisya. Namun, kehadiran Imran yang merupakan abang kandung kepada Syakir yang telah lama terpisah, menjadi titik di mana situasi mulai berubah.

Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Sejak Imran mula menetap di rumah tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Penyakit postpartum psikosis yang dihidapi Nadia juga menjadi semakin parah.

Drama Serpihan Sayang Di TV3 Dan iQIYI

Drama Serpihan Sayang Di TV3 Dan iQIYI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post