Filem Imaginur Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Filem Imaginur Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Saksikan filem Imaginur yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Februari 2023 (Khamis) dan seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem tempatan dengan genre drama romantik sci-fi ini merupakan terbitan produksi Lumatic Films, diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dengan nukilan skrip bersama daripada Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha.

Sinopsis Filem Imaginur

Filem Imaginur menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Afdlin Shauki, Dato Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Meor Hashim Takahara Suiko, Ruzana Ibrahim, Pekin Ibrahim, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Zuhal
  • Diana Danielle sebagai Nur
  • Nadiya Nisaa sebagai Isma
  • Dato' Afdlin Shauki sebagai Dr. Ramli
  • Dato' Rahim Razali sebagai Lelaki Tua
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Wanita Tua
  • Meor Hashim Manaf sebagai Bapa Zuhal

'Imaginur' merupakan sebuah kisah cinta yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dia berjumpa di dalam realiti.

Kisah bermula tentang kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan. Dia cuba untuk mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis.

Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar. Semasa dia cuba untuk mengenalpasti siapa wanita misteri tersebut, dia mula jatuh cinta padanya dan belajar mengenali dirinya sendiri.

Filem Imaginur Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Filem Imaginur Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post