Keputusan Undian Pusingan 16 UEL 2022-2023

Keputusan Undian Pusingan 16 UEL 2022-2023

Semalam telah berlangsung 8 perlawanan di pusingan play-off UEFA Europa League dengan melibatkan 16 pasukan kesemuanya. Secara rasminya juga telah disenarai pemenang bagi setiap perlawanan.

Antara tumpuan utama pastinya tertumpu kepada pendahulu La Liga, Barcelona menentang pasukan terhebat dunia, Manchester United. Pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati kerana terikat dengan jaringan 2-2 ketika bermain di Nou Camp.

Tetapi tidak ketika berhadapan dengan penyokong luar biasa di Old Trafford apabila Barcelona terpaksa akur tumpas kepada Mancester United dengan aggregat 4-3 sekali gus tersungkur ke lembah hina dan pulang ke sepanyol.

Selain itu, jaringan Di Maria juga menjadi tumpuan apabila dia sorang sahaja menyumbat 3 gol ketika menewaskan Nantes. Ajax juga terpaksa aku dengan peningkatan luar biasa Union Berlin apabila tewas 3-1 secara aggregat ketika bermain di laman lawan.

Jadi kesemua pemenang ini bersama-sama dengan juara setiap kumpulan UEL musim 2022-2023 ini akan melalui proses pengundian untuk mara ke pusingan 16 terbaik (last 16). Undian akan berlangsung pada hari Jumaat, 24 Februari 2023 jam 7.00 malam waktu Malaysia bersiaran di beIN Sports 3 (CH819) atau boleh strim di Astro Go.

Senarai Pasukan Layak Ke Pusingan UEL 2022-2023

Pasukan yang layak sebagai juara peringkat kumpulan (seeded)

  1. Union Saint-Gilloise
  2. Arsenal
  3. SC Freiburg
  4. Ferencváros
  5. Feyenoord
  6. Real Betis
  7. Real Sociedad
  8. Fenerbahçe

Pasukan yang layak sebagai pemenang pusingan play-off (unseeded)

  1. Manchester United
  2. Bayer Leverkusen
  3. Union Berlin
  4. Juventus
  5. Roma
  6. Sporting CP
  7. Sevilla
  8. Shakhtar Donetsk

Keputusan Undian Round Of 16 UEL 2022-2023

Perlawanan untuk pusingan 16 terbaik akan didakan secara timbal balik. Perlawanan pertama akau berlangsung pada 10 Mac 2023. Seminggu kemudian iaitu pada 17 Mac 2023 akan berlangsung untuk perlawanan kedua.

  • Union Berlin vs Union SG
  • Sevilla vs Fenerbahçe
  • Juventus vs Freiburg
  • Leverkusen vs Ferencváros
  • Sporting CP vs Arsenal
  • Manchester United vs Real Betis
  • AS Roma vs Real Sociedad
  • Shahkstar Donetsk vs Feyenoord

Keputusan Undian Pusingan 16 UEL 2022-2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Keputusan Undian Pusingan 16 UEL 2022-2023"