Pemenang Family Duo Musim Kedua 2022-2023

Pemenang Family Duo Musim Kedua 2022-2023

Family Duo telah sampai ke peringkat akhir bagi mencari juara untuk musim kedua dalam program realiti tv tv3 yang menampilkan peserta terdiri daripada pasangan selebriti popular bersama dengan ahli keluarga mereka sendiri.

Seramai 7 duo yang bertanding untuk musim kali ini dan hanya 4 pasangan yang berjaya ke peringkat akhir iaitu duo Ayda Jebat & Fyna Jebat, Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Sissy Iman & Naim Daniel serta Bella Astilah & Wani Kayrie.

BACA : Senarai 7 Peserta Family Duo 2022-2023

Tahniah diucapkan kepada dua beradik iaitu Zaki Yamani & Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara Famili Duo untuk musim kedua dengan mengalahkan 3 peserta duo yang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Manakala seorang lagi pasangan adik beradik Ayda & Fyna Jebat merangkul tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Diikuti dengan Bella Astilah & Wani Kayrie di tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM15,000 dan Sissy Iman & Naim Daniel ditempat keempat untuk RM10,000.

Juara : Zaki Yamani & Yamani Abdillah

Naib Juara - Ayda Jebat & Fyna Jebat

Tempat Ketiga - Bella Astilah & Wani Kayrie

Tempat Keempat - Sissy Iman & Naim Daniel 

Mereka semua membuat persembahan di pentas akhir dengan 2 tema iaitu AJL dan Bebas. Para peserta diadili sepenuhnya oleh 2 orang juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu. Manakala Janna Nick dan Sean Lee bertindak sebagai pengacara selama pertandingan berlangsung.

Famili Duo musim kedua telah berlangsung selama 8 minggu yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 serta boleh distrim secara online di watch.tonton.com.my

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post