Senarai Pemenang The Last Trio Standing 2022-2023

Senarai Pemenang The Last Trio Standing 2022-2023

Syabas kepada trio BRIGADE atas kejayaan muncul juara sulung bagi program terbaru Astro iaitu The Last Trio Standing (TLTS) untuk musim 2022-2023.

Pada pentas akhir tersebut, para finalist perlu membuat persembahan mengikut 2 tema yang ditetapkan iaitu Melompat Lebih Tinggi dan Permintaan Hati. Ini bermakna mereka perlu menyediakan 4 lagu untuk dipersembahkan.

BACA : Senarai Peserta The Last Trio Standing 2023

Disinilah kita saksikan gabungan 3 orang untuk 1 trio iaitu seorang komposer, seorang penyanyi dan seorang pendatang baru dalam industri muzik tanah air. Barisan finalis adalah BRIGADE, ADAM, UTAMA, D'ARMI dan TRIVOCE.

Senarai Penuh Pemenang The Last Trio Standing 2022-2023

Juara - BRIGADE

Naib Juara - ADAM

Tempat ke-3 - TRIVOCE

Tempat ke-4 - UTAMA

Tempat ke-5 - D'ARMI

Juara trio BRIGADE disertai oleh Tomok, Amir Masdi dan Ariff Sany berjaya merangkul dan membawa hadiah utama sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib Juara, ADAM yang terdiri daripada AG Coco, Amir Jahari dan Fidi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 juga beserta trofi.

Untuk tempat ketiga pula dirangkul oleh trio TRIVOCE terdiri daripada Asfan Shah, Lah Ahmad dan Erin CTJ. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 juga beserta trofi.

Tempat keempat dan kelima masing-masing pulang bersama trofi iaitu UTAMA (Tam Spider, Afif Tirmizie dan Maria Effendi) dan D'ARMI (Hafiz Hamidun, Asmidar dan Syahmi Irfan).

Selain daripada itu, terdapat juga 3 kategori yang dipertandingkan iaitu penyanyi baharu terbaik dimenangi oleh Fidi ADAM, Penyanyi Terbaik untuk Amir Masdi BRIGADE dan Komposert Terbaik juga daripada trio BRIGADE iaitu Tomok. Masing-masing bawa pulang sebanyak RM5,000.

Kesemua persembahan kelima-lima finalis telah dinilai oleh 2 juri tetap (muzik pro) iaitu Jennifer Thompsan dan Ajai serta seorang juri jemputan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

Manakala skuad elit memilih 2 lagu daripada 2 tema untuk dipersembahkan adalah terdiri daripada Joey Daud, Erra Fazira, Scha Alyahya, Haniff Hamzah dan Misha Omar.

The Last Trio Standing yang dihoskan oleh Awal Ashari dan Zizi Kirana ini telah bersiaran selama 8 minggu setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post